AirAsia Asean Pass

AirAsia Asean Pass AirAsia Asean Pass Map






Terokai destinasi menakjubkan Asean dengan AirAsia Asean Pass, pas perjalanan yang membolehkan anda melancong ke serata Asean menggunakan kredit tetap.

Terokai destinasi syurga makanan dan beli-belah di Asean. Dengan AirAsia Asean Pass, kini anda boleh meneroka lebih 70 destinasi di serata Asean.

Apa yang akan anda dapat?

  • Kredit penerbangan untuk menebus penerbangan. Oleh itu, anda boleh merancang percutian dengan lebih mudah tanpa perlu risau akan perubahan tambang. Ini juga bermakna anda boleh mengetahui jumlah yang akan dibelanjakan!
  • Tiada bayaran pemprosesan untuk penebusan penerbangan.
  • Ganjaran BIG Points.

Menebus penerbangan anda

Anda boleh menebus penerbangan menggunakan AirAsia Asean Pass anda dengan empat langkah mudah:

  1. Log masuk ke akaun Ahli BIG anda.
  2. Pilih pas yang anda ingini.
  3. Cari dan tebus penerbangan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh perjalanan anda.
  4. Buat bayaran untuk cukai lapangan terbang dan apa-apa bayaran berkenaan.

Sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh menebus penerbangan untuk laluan yang sama dua kali menggunakan AirAsia Asean Pass yang sama.

Kredit AirAsia Asean Pass hanya boleh ditebus untuk tambang asas. Oleh itu, pastikan anda membuat pratempahan tambahan selepas menebus AirAsia Asean Pass anda.


Ada soalan?

Dapatkan jawapan anda daripada FAQ AirAsia Asean Pass.

Tertakluk pada terma dan syarat.