Tiada Surcaj Bahan Api – Soalan - soalan yang kerap ditanya

Dapatkan semua pertanyaan anda mengenai 'Tiada Surcaj Bahan Api' kami terjawab di bawah!

1.Apakah "Tiada Surcaj Bahan Api"?
"Tiada Surcaj Bahan Api" telah diperkenalkan untuk semua tempat duduk AirAsia dan AirAsia X untuk membebaskan tetamu daripada membayar bayaran surcaj bahan api.
  • AK - AirAsia Berhad (Malaysia),
  • D7 - AirAsia X Berhad (Malaysia),
  • FD - Thai AirAsia Co., Ltd,
  • QZ - PT Indonesia AirAsia,
  • Z2 - Philippines AirAsia (Philippines),
  • i5 - AirAsia (India) Limited,
  • XJ - Thai AirAsia X Co. Ltd and
  • XT - PT Indonesia AirAsia Extra
2. Apakah manfaat yang saya boleh dapat daripada “Tiada Surcaj Bahan Api”?
Dengan “Tiada Surcaj Bahan Api”, semua tambang AirAsia hanya akan mengandungi tambang asas, yuran pentadbiran dan cukai lapangan terbang supaya anda dapat menikmati kos yang lebih rendah apabila terbang dengan AirAsia.

3. Adakah tambang untuk tempat duduk akan menjadi lebih tinggi dengan “Tiada Surcaj Bahan Api”?
Kami akan terus mengekalkan tambang rendah kami untuk membuat penerbangan berpatutan untuk semua orang.

4. Semasa saya membuat tempahan penerbangan saya, bagaimanakah saya boleh memberitahu/ memastikan bahawa saya tidak dikenakan surcaj bahan api?
Apabila anda membuat tempahan penerbangan anda atas talian, anda boleh melihat tambang yang disenaraikan termasuk tambang asas, surcaj bahan api, cukai lapangan terbang dan yuran pentadbiran. Untuk tempahan yang dibuat dari 26 Januari 2015 dan seterusnya, surcaj bahan api akan dikecualikan daripada tambang yang disenaraikan, yang mana anda hanya perlu membayar tambang asas, cukai lapangan terbang dan caj pentadbiran.
Untuk tempahan penerbangan PQ/Z2, "Tiada Surcaj Bahan Api" telah dilaksanakan mulai 8 Januari 2015

5. Bilakah "Tiada Surcaj Bahan Api"akan berkuatkuasa?
“Tiada Surcaj Bahan Api” akan digunapakai untuk semua penerbangan yang ditempah dari 26 Januari 2015 kecuali tempahan penerbangan PQ/Z2 yang dilaksanakan mulai 8 Januari 2015.

6. Apakah perbezaan dalam jumlah yang saya bayar dengan pengenalan "Tiada Surcaj Bahan Api"?
Sebelum penyingkiran surcaj bahan api, jumlah sebenar yang anda bayar terdiri daripada:
  1. Tambang Kapal Terbang
  2. Surcaj Bahan Api 
  3. Yuran Pentadbiran 
  4. Cukai Lapangan Terbang
Kini, anda hanya perlu membayar untuk :
  1. Tambang Kapal Terbang
  2. Yuran Pentadbiran 
  3. Cukai Lapangan Terbang
7. Saya telah membuat tempahan penerbangan AirAsia saya sebelum “Tiada Surcaj Bahan Api” dikuatkuasakan pada 26 Januari 2015. Adakah saya akan mendapat bayaran balik untuk surcaj bahan api dikenakan yang telah saya bayar?
“Tiada Surcaj Bahan Api” akan digunapakai untuk semua penerbangan yang ditempah dari 26 Januari 2015 kecuali tempahan penerbangan PQ/Z2 yang dilaksanakan mulai 8 Januari 2015.

8. Adakah peraturan tambang akan berubah dengna pengenalan “Tiada Surcaj Bahan Api”? Adakah saya masih boleh mendapat bayaran balik sekiranya saya terlepas dengan penerbangan?
Peraturan tambang AirAsia dan terma serta syarat pengangkutan masih digunakan untuk penerbangan yang ditempah dengan “Tiada Surcaj Bahan Api”. Kaunter daftar masuk kami ditutup 45 minit untuk penerbangan domestic dan 60 minit untuk penerbang anantarabangsa sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan, sila membenarkan diri anda mempunyai masa yang cukup untuk sampai ke lapangan terbang supaya tidak terlepas penerbangan anda.

9. Adakah "Tiada Surcaj Bahan Api" termasuk apa-apa ‘add-on’ sampingan seperti bagasi yang didaftar, makanan dalam penerbangan, pilihan tempat duduk dan sebagainya?
Sampingan ‘Add-on’ adalah tidak termasuk dalam tambang “Tiada Surcaj Bahan Api” kerana ini adalah pilihan dan tidak diwajibkan. Pilihan-pilihan ini disediakan untuk anda melalui tempahan atas talian dan "Urus Tempahan Saya".

10. Adalah saya perlu bayar untuk surcaj bahan api jikalau saya membuat tempahan penerbangan saya menerusi airasia.com, pejabat-pejabat jualan AirAsia, pusat-pusat Pelancongan dan Perkhidmatan AirAsia, pusat-pusat panggilan, mobile.airasia.com dan AirAsia mobile app?
Tidak, anda tidak perlu membayar untuk surcaj bahan api semasa anda membuat tempahan penerbangan menerusi saluran-saluran yang dinyatakan di atas.