Busan

Dikelilingi gunung-ganang di satu bahagian dan laut berangin di bahagian lain, serta rebakan bandar yang memenuhi setiap ruangnya, Busan memancarkan aura menarik yang ringkas dan selesa seperti di rumah sendiri. Di "ibu kota musim panas" Korea inilah anda dapat menemui pantai terbesar, sungai terpanjang dan landskap semula jadi paling indah di negara ini. Ia juga menjadi tuan rumah kepada Festival Filem Antarabangsa Busan yang terkenal di serata dunia. Dengan senyuman mesra daripada penduduknya dan cuaca yang menyenangkan sepanjang tahun, tidak hairanlah jika bandar kedua terbesar di Korea Selatan ini menjadi tempat percutian utama untuk penduduk tempatan dan juga pelancong.

5 Aktiviti Wajib

Haedong Yonggungsa Temple

Kuil Haedong Yonggungsa

Kuil Haedong Yonggungsa jelas menonjol berbanding kuil Buddha lain yang sezaman dengannya. Terletak di pinggir laut berbatu, seni binanya yang indah menjadi halwa mata yang jarang dapat ditemui di tepi laut. Dewa utama di sini ialah Dewi Pengampun Buddha yang tinggal di laut, dan dipercayai bahawa menyeru namanya berulang kali semasa anda berada di sini akan membawa tuah.



Nurimaru APEC House

Bangunan APEC Nurimaru

Dibina untuk Persidangan APEC pada 2005, bangunan ini benar-benar menampilkan pesona seni bina dan menjadi simbol Busan. Konsep ini diilhamkan daripada 'pavilion' iaitu rumah tradisional Korea musim panas, dan pemandangan memukau Pantai Haeundae dan Jambatan Gwangandaegyo dari jauh melengkapi persekitaran yang menarik ini. Bangunan ini terletak di Pulau Dongbaekseom yang indah.



Jagalchi Fish Market

Pasar Ikan Jagalchi

Selamat datang ke pasar makanan laut terbesar di Korea - pasar tempatan yang serupa seperti Pasar Ikan Tsukiji yang terkenal di Jepun. Beribu-ribu gerai dengan bertan-tan ikan dijual dan dibeli setiap hari, menjadikannya antara tempat paling menarik untuk dikunjungi di Busan. Minta agar makanan laut anda dibersihkan dan dimasak pada masa itu juga, atau disediakan mentah untuk dimakan sebagai sashimi. Enaknya!



Haeundae Beach

Pantai Haeundae

Pantai paling terkenal di Korea menyajikan keriangan dengan aktiviti ski jet, luncur air dan berseronok-seronok di bawah sinar mentari! Keseronokan tidak berakhir setakat di situ! Selami dunia hidupan laut dalam akuarium terbesar di Korea, terletak betul-betul di sebelah pantai ini, yang menawarkan terowong bawah air sepanjang 80 meter dan simulator yang mengagumkan!



Busan Tower

Menara Busan

Jika anda tidak sempat melawat Menara Seoul's N Seoul, Menara Busan juga tidak kalah sebagai tarikan pelancong yang popular! Terletak di Taman Yongdusan yang cantik, menara setinggi 118 meter ini menawarkan panorama indah seluruh bandar. Meterai cinta anda secara simbolik dengan mangga kunci yang menghiasi pagar di sekeliling menara, atau berikan jagung kepada merpati yang tinggal di situ. Anda boleh menggunakan eskalator lereng bukit untuk naik ke menara.


Perjalanan ke/dari Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae

  Ketersediaan Tambang
Bas Sepanjang hari Mulai 6,000 won
Teksi Sepanjang hari Mulai 20,000 won
Kereta api
(Aliran Ringan Busan)
Setiap 15 minit Mulai 3,700 won

Percutian idaman sedang menanti anda di sini!

Tempah Sekarang
 
Fakta Ringkas

Mata Wang
Won Korea Selatan (KRW)

Bekalan Elektrik
220 V AC 60Hz

Bahasa
Korean

Zon masa
UTC +9

Kod telefon
+82

Agama
Buddha dan Kristian


Cuaca

JUN - OGOS

Musim panas
22°C - 26°C
Minum banyak air.


SEP - NOV

Musim luruh
18°C - 25°C
Masa yang sesuai untuk bersiar-siar.


DIS - FEB

Musim sejuk
-3°C - 6°C
Bawa jaket supaya kekal hangat pada malam yang dingin.


MAC - MEI

Musim bunga
9°C - 18°C
Masa terbaik untuk melawat sewaktu musim Pesta Bunga Sakura.

Check out these other destinations!

Australia

Gold Coast
Melbourne
Sydney

Cambodia

Siem Reap

China

Changsha
Hangzhou
Kunming
Shanghai
Wuhan
Xi'An

Hong Kong

Hong Kong

India

Kochi

Indonesia

Bali
Bandung
Jakarta
Solo
Yogyakarta

Japan

Osaka
Tokyo

Malaysia

Kota Kinabalu
Kuala Lumpur
Kuching
Langkawi
Miri
Penang

Myanmar

Mandalay

Nepal

Kathmandu

Singapore

Singapore

South Korea

Busan

Taiwan

Taipei

Thailand

Bangkok
Chiang Mai
Krabi
Phuket
Surat Thani

Vietnam

Hanoi
Ho Chi Minh City