Chiang Mai

Terletak di sekitar bukit-bukau dan gunung-ganang yang menghijau, Chiang Mai merupakan destinasi kegemaran pengembara di utara Thailand. "Mawar Utara" ini terkenal dengan keajaiban kraf tangannya, keenakan makanannya dan kekayaan sejarahnya. Di sini terdapat lebih 300 buah kuil dalam gaya Lanna dan Burma, sesetengahnya sama tua dengan umur bandar tersebut. Tidak hairanlah jika ekspatriat dari seluruh dunia bertumpu di Chiang Mai untuk menikmati keseimbangan antara tarikan kedesaan dengan kemudahan moden.

4 Aktiviti Wajib

Wat Phratat Doi Suthep

Wat Phrathat Doi Suthep

Percutian di Chiang Mai tidak akan lengkap tanpa kunjungan ke kuil yang indah berhias di puncak bukit ini. Jika anda takut memanjat 300 lebih anak tangga yang diapit naga di kiri kanannya, gunakan sahaja kereta kabel ke puncak bukit untuk menyaksikan pemandangan yang benar-benar menakjubkan.



Doi Ithanon

Doi Inthanon

Banyak benda yang boleh dilihat di gunung tertinggi Thailand, termasuklah tiga air terjun menakjubkan, perkampungan puak bukit Hmong dan Karen-Padaung, stupa yang diabadikan buat pasangan diraja serta keindahan alam tanpa batasan di sepanjang jalan.



Wat Chedi Luang

Wat Chedi Luang

Ia tidak lagi menempatkan kuil Buddha Zamrud yang terkenal, tetapi struktur yang berumur 600 tahun ini masih lagi mempesonakan pandangan. Jangan lupa untuk meluangkan sedikit masa dan berbual dengan sami muda di sini – mereka pasti gembira dapat berlatih menggunakan bahasa Inggeris dengan anda.



Cooking Class in Chiang Mai

Kelas Memasak

Ingin membuatkan rakan di kampung kagum dengan kemahiran masak-memasak anda? Terdapat beberapa sekolah di Chiangmai yang menawarkan kursus harian tentang masakan Thai. Anda hanya perlu hadir dan mengikuti pelajaran kerana semuanya telah disediakan untuk anda.


Perjalanan ke/dari lapangan terbang

Pengangkutan Tempoh Tambang
Teksi ke pusat bandar 15 minit THB 120

Percutian idaman sedang menanti anda di sini!

 
Fakta Ringkas

Mata Wang
Baht Thai (THB)

Bekalan Elektrik
220V 50Hz

Bahasa
Bahasa Thai, Bahasa Inggeris

Zon masa
UTC +7

Kod Telefon
+66 53

Agama
Buddha


Cuaca

DIS - FEB

Musim dingin
Petang yang berangin dan cuaca yang nyaman
15°C - 33°C
Cuaca sempurna untuk bersiar-siar


MAC - JUN

Musim panas
Cerah dan panas terik
20 °C - 36°C
Bawa botol air dan krim pelindung matahari anda


JUL - NOV
Musim hujan
Sangat basah dan lembap
19 °C - 30°C
Bawa payung dan berhati-hati di kawasan yang mudah dilanda banjir

Check out these other destinations!

Australia

Gold Coast
Melbourne
Sydney

Cambodia

Siem Reap

China

Changsha
Hangzhou
Kunming
Shanghai
Wuhan
Xi'An

Hong Kong

Hong Kong

India

Kochi

Indonesia

Bali
Bandung
Jakarta
Solo
Yogyakarta

Japan

Osaka
Tokyo

Malaysia

Kota Kinabalu
Kuala Lumpur
Kuching
Langkawi
Miri
Penang

Myanmar

Mandalay

Nepal

Kathmandu

Singapore

Singapore

South Korea

Busan

Taiwan

Taipei

Thailand

Bangkok
Chiang Mai
Krabi
Phuket
Surat Thani

Vietnam

Hanoi
Ho Chi Minh City