Jakarta

"Durian Besar" merumuskan semua keadaan sekeliling - ritma yang semakin cepat, hiruk pikuk dan pelbagai warna. Campuran eklektik gaya hidup metropolitan yang hebat bergabung secara bertersuan dengan trend fesyen yang terkini dan menjana ekonomi, di samping keharuman keterujaan yang menyaluti udara topika yang hangat. Bahagian bandar yang lebih tenang adalah budaya Betawi yang dipelihara dengan baik yang menyatukan kedua-dua jejak langkah warisan dan moden ke dalam kehidupan harian unik Jakarta.

5 Aktiviti Wajib

Kepulauan Seribu (Thousand Islands)

Kepulauan Seribu (Thousand Islands)

Terletak 45 km di utara pelabuhan sibuk Jakarta adalah Kepulauan Seribu, rantaian pulau indah yang mudah dikunjungi dari bandar. Selain daripada pelbagai aktiviti seperti berkayak, berlayar dan berenang, pulau-pulau tersebut juga terkenal dengan tapak menyemam yang menakjubkan, terutama sekali bagi pulau-pulau lebih kecil yang menempatkan batu karang yang indah.



Kota Tua (Old Town)

Kota Tua (Old Town)

Berjalan-jalan di sekitar kawasan Kota Tua (Old Town) dan temui penghibur di jalanan, jamu selera dengan makanan yang dijaja dan nikmati keindahan muzium yang memberi inspirasi. Kembali ke zaman silam dan saksikan di tengah-tengah kota Jakarta pada zaman jajahan Belanda, apabila ia dikenali sebagai Batavia, bandar berdinding dengan bangun kerajaan ala Eropah.



Ancol Dreamland

Ancol Dreamland

Ancol Dreamland adalah kawasan amat besar yang memiliki pelbagai tarikan termasuk taman tema, marina, padang golf, akuarium raksasa, kolam renang, pertunjukan haiwan dan banyak lagi. Satu hari tidak mencukupi untuk memperoleh sepenuh pengalaman daripada tempat ini dan anda mungkin mahu mempertimbangkan untuk menginap di salah satu daripada rumah penginapan yang indah. Penuhilah impian anda di Ancol Dreamland!



Monas

Monas

Terletak di tengah-tengah Medan Merdeka (The Freedom Square), mercu tanda Jakarta yang paling ikon telah dibina bagi mewakili kebanggaan negara bagi rakyat Indonesia, lengkap dengan muzium dan diorama yang menggambarkan sejarah negara dan perjuangan demi kebebasan. Sertai warga tempatan ketika mereka bersiar-siar pada waktu petang dan nikmati air pancur bermuzik.



Kerak Telor

Kerak Telor

Beras pulut yang digunakan untuk menyediakan juadah ini mestilah disediakan berjam-jam lamanya jurumasaknya mencampurkannya dengan telur itik bagi menjadikan omelet yang kaya lagi mengenyangkan. Udang kering, kelapa parut, bawang goreng dan sedikit cili ditaburkan di atas omelet. Sebaik-baiknya dihidangkan dengan secawan kopi, mesti dicuba!


Ke Dan Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta

Ke pusat bandar Tempoh Tambang
Teksi 45 minit atau lebih Daripada Rp 150.000
Bas 1 jam atau lebih Daripada Rp 20.000

Percutian idaman sedang menanti anda di sini!

Tempah Sekarang
 
Fakta Ringkas

Mata Wang
Rupiah Indonesia (IDR)

Bekalan Elektrik
220V 50Hz

Bahasa
Bahasa Indonesia, Inggeris

Zon masa
UTC +7

Kod Telefon
+62 21

Agama
Islam, Kristian, Hindu, Buddha, Confucius

Cuaca

JUL - OKT

Musim Kering - Cerah dan lembap
25°C - 33°C
Cermin mata dan pelindung suria perlu dipakai


NOV - JUN

Musim Hujan - Banyak hujan
24°C - 32°C
Sediakan payung



Cukai dan Caj

Dapatkan maklumat lanjut tentang cukai lapangan terbang, bayaran dan caj lain untuk Jakarta.

Check out these other destinations!

Australia

Gold Coast
Melbourne
Sydney

Cambodia

Siem Reap

China

Changsha
Hangzhou
Kunming
Shanghai
Wuhan
Xi'An

Hong Kong

Hong Kong

India

Kochi

Indonesia

Bali
Bandung
Jakarta
Solo
Yogyakarta

Japan

Osaka
Tokyo

Malaysia

Kota Kinabalu
Kuala Lumpur
Kuching
Langkawi
Miri
Penang

Myanmar

Mandalay

Nepal

Kathmandu

Singapore

Singapore

South Korea

Busan

Taiwan

Taipei

Thailand

Bangkok
Chiang Mai
Krabi
Phuket
Surat Thani

Vietnam

Hanoi
Ho Chi Minh City