Kochi

Dahulunya dikenali sebagai Cochin, Kochi ialah bandar menarik di selatan India yang memiliki gabungan menarik pengaruh Inggeris, Belanda, Portugis, Cina, Arab dan Yahudi dari zaman penjajahannya. Ramai yang terpikat untuk datang ke Kochi kerana suasananya yang harmoni dan kawasan terbuka yang luas terbentang. Tempat ini masyhur dengan tepian pantainya yang indah, latar langit dan landskap yang sangat menakjubkan, di samping sumbernya yang berharga kepada ekonomi keseluruhan India.

5 Aktiviti Wajib

Kerala Backwaters

Air Buri Kerala (Kerala Backwaters)

Nikmati pelayaran dalam rumah perahu dan berehatlah dengan tenang dan gembira ketika meluncur melepasi deretan lagun dan tasik di sepanjang Pantai Laut Arab (Pantai Malabar).



Chinese Fishing Nets

Pukat Cina

Dikenali di sana sebagai Cheena vala, Pukat Cina ini merupakan teknik mengagumkan yang 500 tahun dahulu diamalkan hanya di China. Ia merupakan salah satu simbol ikonik Kerala.



Munnar Hill Station

Stesen Bukit Munnar

Ladang teh yang subur menghijau di sepanjang rupa bumi bergunung-ganang dan dikelilingi pergunungan grafit - menjadi destinasi bulan madu yang sempurna. Nikmati panorama indah dengan air terjun, taman mergastua dan ladang rempah.


Fort Kochi

Kubu Kochi

Kubu Kochi yang pernah dikenali sebagai Kochi Lama merupakan kawasan penting dalam sejarah bandar Kochi. Di sini boleh ditemui rumah kolonial yang unik dengan pengaruh seni bina Belanda, Portugis dan Inggeris.


Kerala Kathakali Centre

Pusat Kathakali Kerala

Datanglah ke sini untuk melihat pertunjukan drama tari klasik setiap malam yang memaparkan lakonan semula pelbagai lagenda dan mitos India. Pengalaman luar biasa dengan kesan khas dalam persekitaran yang tertutup dan selesa.


Perjalanan ke/dari lapangan terbang

Pengangkutan Ketersediazn Tambang
Bas Setiap jam Rs70
Teksi Setiap hari Bermula daripada Rs600

Percutian idaman sedang menanti anda di sini!

Tempah Sekarang
 
Fakta Ringkas

Mata Wang
Rupee India (Rs)

Bekalan Elektrik
230-240V

Bahasa
Bahasa Malayalam, Bahasa Inggeris

Zon masa
UTC +5.30

Kod Telefon
+91

Agama
Hindu, Kristian, Islam


Cuaca

SEP - FEB

Musim kering
22°C - 33°C
Petang yang berangin dan
cuaca yang nyaman


MAC - MEI

Musim panas
22°C - 37°C
Masa yang sesuai untuk membeli-belah dalam bangunan
bagi menghindari cuaca panas


JUN - OGOS
Musim monsun
23°C - 33°C
Berhati-hati dengan kawasan banjir

Check out these other destinations!

Australia

Gold Coast
Melbourne
Sydney

Cambodia

Siem Reap

China

Changsha
Hangzhou
Kunming
Shanghai
Wuhan
Xi'An

Hong Kong

Hong Kong

India

Kochi

Indonesia

Bali
Bandung
Jakarta
Solo
Yogyakarta

Japan

Osaka
Tokyo

Malaysia

Kota Kinabalu
Kuala Lumpur
Kuching
Langkawi
Miri
Penang

Myanmar

Mandalay

Nepal

Kathmandu

Singapore

Singapore

South Korea

Busan

Taiwan

Taipei

Thailand

Bangkok
Chiang Mai
Krabi
Phuket
Surat Thani

Vietnam

Hanoi
Ho Chi Minh City