Kuala Lumpur

Ditubuhkan pada tahun 1857, Kuala Lumpur atau lebih mesra disebut KL memberikan gambaran tepat tentang kehidupan berbilang kaum yang harmoni di Malaysia. Asalnya sebuah bandar lombong timah yang miskin, KL beransur-ansur bertukar menjadi salah sebuah ibu negara paling maju di Asia Tenggara. Setibanya anda di sini, pasti sukar terlepas pandang mercu tanda KL yang terkenal di dunia - Menara Berkembar Petronas yang menjulang tinggi, dan tarikan sekitar yang mengandungi elemen budaya Melayu, Cina dan India, tiga kaum terbesar di negara ini.

5 Aktiviti Wajib

Petronas Twin Towers

Menara Berkembar Petronas

Mercu tanda paling popular di Malaysia ini merupakan sebuah menara berkembar 88 tingkat yang tersergam di tengah-tengah bandar. Ia menempatkan pusat beli-belah yang popular, pejabat, jambatan udara dan banyak lagi.



KL Hop On Hop Off

KL Hop On Hop Off

Cara paling mudah untuk melihat KL di atas bas dua tingkat dengan ruang dek terbuka! Bayar sekali sahaja dan nikmati pengalaman bersiar-siar tanpa had ke pelbagai tempat menarik di sekitar bandar termasuk Menara KL, Pasar Seni, dan Bangunan Sultan Abdul Samad!



Kasturi Walk

Kasturi Walk

Kasturi Walk yang meriah di Pasar Seni ini menawarkan kraf tangan, makanan dan persembahan budaya. Kenali sejarah Kuala Lumpur dengan program lawatan berpandu Jejak Warisan Malaysia (Malaysia Heritage Walk).



Batu Caves

Batu Caves

Cubalah mendaki 272 anak tangga ke pintu gua batu kapur yang indah ini bagi melawat kuil yang dikhaskan untuk dewa Hindu. Satu lagi tempat ikonik di KL!



Istana Budaya

Istana Budaya

Nikmati persembahan pentas dan muzikal tempatan terbaik di Istana Budaya yang direka bentuk dengan ciri-ciri artistik ini.

Perjalanan ke/dari lapangan terbang

Pengangkutan Ke Ketersediaan Tambang
Keretapi
(KLIA Transit)
KL Sentral Setiap setengah jam RM12.50
Bas (Skybus) KL Sentral Setiap 15 minit RM10
Teksi Pusat bandar 24 jam Bermula daripada RM60

Percutian idaman sedang menanti anda di sini!

Tempah Sekarang
 
Fakta Ringkas

Mata Wang
Ringgit Malaysia (RM)

Bekalan Elektrik
220-240V

Bahasa
Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina, Tamil

Zon masa
UTC +8

Kod Telefon
+60

Agama
Islam, Kristian, Buddha, Hindu


Cuaca

DIS - FEB

Musim monsun
22°C - 33°C
Sediakan baju hujan anda.


MAC - MEI

Musim kering
21°C - 32°C
Masa yang sesuai untuk menikmati aktiviti rekreasi.


JUN - OGOS

Musim kering
23°C - 33°C
Berseronoklah dengan berjalan kaki ke sana ke mari di sekitar bandar.


SEP - NOV

Musim hujan
23°C - 32°C
Jangan lupa bawa payung!

Check out these other destinations!

Australia

Gold Coast
Melbourne
Sydney

Cambodia

Siem Reap

China

Changsha
Hangzhou
Kunming
Shanghai
Wuhan
Xi'An

Hong Kong

Hong Kong

India

Kochi

Indonesia

Bali
Bandung
Jakarta
Solo
Yogyakarta

Japan

Osaka
Tokyo

Malaysia

Kota Kinabalu
Kuala Lumpur
Kuching
Langkawi
Miri
Penang

Myanmar

Mandalay

Nepal

Kathmandu

Singapore

Singapore

South Korea

Busan

Taiwan

Taipei

Thailand

Bangkok
Chiang Mai
Krabi
Phuket
Surat Thani

Vietnam

Hanoi
Ho Chi Minh City