Kunming

Musim bunga tidak pernah berakhir di Kunming! Bandar tepi tasik yang indah ini juga dikenali sebagai 'Bandar Musim Bunga Abadi' kerana bunganya mekar dan cuacanya baik sepanjang tahun. Ibu kota wilayah Yunnan ini terkenal kerana kepelbagaian budayanya, dengan 25 kumpulan etnik yang membentuk gabungan budaya dan warisan yang sempurna.

Map of China

5 Aktiviti Wajib

Dongchuan Red Land

Tanah Merah Dongchuan

Landskap hebat yang keindahannya tidak dapat dihuraikan mahupun dilukiskan ini dianggap sebagai salah satu daripada tanah merah paling mengagumkan di dunia. Dengan warna-warna merah, emas dan hijau yang menawan, tidak hairanlah jika Tanah Merah Dongchuan dinamakan Palet Tuhan di Yunnan.



World Horti-Expo Garden

Taman Ekspo-Horti Sedunia

Lebih daripada 2 juta pokok dan bunga daripada lebih 2550 spesis membentuk taman anggun ini, yang menjadi lokasi Ekspo Hortikultur Sedunia 1999. Hasil seni landskap dan taman dari serata dunia disimpan dalam keadaan baik di sini untuk dinikmati oleh semua pencinta alam.



Jiuxiang Scenic Area

Kawasan Indah Jiuxiang

Dibina kira-kira 600 juta tahun dahulu semasa zaman Sinia, ia dipanggil 'Kampung Halaman Gua Karst' dan memang wajar ia digelar demikian. Terdapat lebih 100 buah gua dalam kawasan indah yang luas ini, menghasilkan pemandangan bawah tanah yang mempesona seperti alam fantasi.



The Stone Forest

Hutan Batu

Dikenali sebagai salah satu tarikan paling dramatik di Kunming, set bentukan batu kapur yang luar biasa ini seolah-olah terbit dari tanah, mencipta ilusi sebuah hutan yang diperbuat daripada batu. Pengunjung yang menggunakan jalan bengkang-bengkok untuk ke puncak pasti rasa takjub dengan keindahan semula jadinya.



Golden Temple (Taihe Palace)

Kuil Emas (Istana Taihe)

Di puncak Bukit Phoenix Menyanyi, terletaknya Dewan Harmoni Agung, juga dikenali sebagai Istana Taihe bagi penganut Taoisme. Gelaran Kuil Emas timbul disebabkan oleh kesan daripada acuan tembaga di sekeliling struktur yang berkilau-kilauan seperti emas dalam cahaya matahari.

Percutian idaman sedang menanti anda di sini!

Tempah Sekarang
 
Fakta Ringkas

Mata Wang
Renminbi China (RMB)

Bekalan Elektrik
220 V 50Hz  

Bahasa
Dialek Kunming, Mandarin

Zon masa
UTC+8

Kod telefon
+86 871

Agama
Buddha, Taoisme


Cuaca

JAN - MAC

Musim sejuk
Purata: 10°C - 14°C
Hari yang dingin dan nyaman. Bawa pakaian tebal.


APR - JUN

Musim bunga
Purata: 16°C - 24°C
Hari cerah yang menyenangkan, sesuai untuk aktiviti luaran.


JUL - SEP

Musim panas
Purata: 20°C - 26°C
Hari yang panas beserta hujan. Jangan lupa untuk minum banyak air ketika keluar bersiar-siar.


OKT - DIS

Musim luruh
Purata: 13°C - 18°C
Hari cerah yang menyenangkan. Cuaca mula cepat menjadi sejuk, jadi sediakan jaket tebal.


Check out these other destinations!

Australia

Gold Coast
Melbourne
Sydney

Cambodia

Siem Reap

China

Changsha
Hangzhou
Kunming
Shanghai
Wuhan
Xi'An

Hong Kong

Hong Kong

India

Kochi

Indonesia

Bali
Bandung
Jakarta
Solo
Yogyakarta

Japan

Osaka
Tokyo

Malaysia

Kota Kinabalu
Kuala Lumpur
Kuching
Langkawi
Miri
Penang

Myanmar

Mandalay

Nepal

Kathmandu

Singapore

Singapore

South Korea

Busan

Taiwan

Taipei

Thailand

Bangkok
Chiang Mai
Krabi
Phuket
Surat Thani

Vietnam

Hanoi
Ho Chi Minh City