Melbourne

Begitu banyak yang ingin dilakukan di Melbourne, besar kemungkinannya anda akan mula merancang lawatan seterusnya walaupun baru sahaja menjejakkan kaki di sini. Aktiviti beli-belah, tarikan budaya, makanan yang menyelerakan dan peluang untuk menyaksikan perarakan penguin hanyalah sebahagian kecil daripada tarikan yang ditawarkan oleh Melbourne. Bawalah jiwa pengembaraan anda bersama untuk satu lawatan yang akan memberikan lebih kepuasan!

5 Aktiviti Wajib

Phillip Island

Pulau Phillip

Tempat ideal untuk percutian keluarga kerana ada sesuatu yang istimewa untuk setiap orang – daripada koala yang menghiburkan di Pusat Pemuliharaan Koala hinggalah kepada A Maze 'N Things yang aneh dan luar biasa, serta tidak lupa perarakan penguin yang terkenal di Pulau Phillip!



Great Ocean Road

Jalan Great Ocean

Antara perjalanan menyusuri pantai yang terbaik pernah dialami – dengan pantai yang tenang, cenuram yang mengagumkan, dan bandar-bandar tepi laut yang mempesonakan di sepanjang 243 kilometer pinggir laut Victoria yang indah ini. Saksikan kehebatan bentukan batu berupa tiang Twelve Apostles yang terkenal.



Victoria Market

Pasar Victoria

Juga dikenali sebagai tumpuan beli-belah di Melbourne, tarikan utama pelancong ini dipenuhi pelbagai barangan, daripada hasil segar dan makanan gourmet hinggalah kepada pakaian dan mainan, serta cenderamata dan artifak tulen buatan orang asli. Sememangnya syurga pasar lambak!



City Circle Tram

Trem Pusing Bandar

Cara yang hebat untuk meronda bandar! Turun naik trem percuma ini yang bergerak mengelilingi sebahagian tarikan popular Melbourne seperti Flinders Street, Victoria Market, Harbour Esplanade dan Docklands Drive.



St. Kilda Beach

Pantai St. Kilda

Tempat tumpuan utama untuk penduduk tempatan ini merupakan kawasan yang sangat sesuai untuk melepak dan berehat-rehat. Nikmati kehangatan mentari yang menyenangkan dengan berjoging atau melepak-lepak, memerhatikan orang lalu-lalang atau layan sahaja kemahuan anda di pelbagai restoran, kedai hiburan serta taman tema.


Perjalanan ke/dari lapangan terbang

Pengangkutan Ke Tambang
Bas Stesen Southern Cross AUD17
Teksi Pusat bandar Melbourne Bermula daripada AUD50

Percutian idaman sedang menanti anda di sini!

Tempah Sekarang
 
Fakta Ringkas

Mata Wang
Dolar Australia (AUD)

Bekalan Elektrik
200-240V 50Hz

Bahasa
Bahasa Inggeris

Zon masa
UTC +10

Kod Telefon
+61

Agama
Kristian


Cuaca

DIS - FEB

Musim Panas
26°C - 30°C
Cuaca yang sempurna untuk ke pantai.


MAC - MEI

Musim Luruh
20°C - 27°C
Cuaca yang baik untuk berjalan-jalan.


JUN - OGOS

Musim Sejuk
8°C - 20°C
Waktu malamnya boleh jadi agak sejuk, jadi pakailah pakaian tebal!


SEP - NOV

Musim Bunga
18°C - 25°C
Musim bunga sudah tiba! Banyak aktiviti bersiar-siar untuk dilakukan.

Check out these other destinations!

Australia

Gold Coast
Melbourne
Sydney

Cambodia

Siem Reap

China

Changsha
Hangzhou
Kunming
Shanghai
Wuhan
Xi'An

Hong Kong

Hong Kong

India

Kochi

Indonesia

Bali
Bandung
Jakarta
Solo
Yogyakarta

Japan

Osaka
Tokyo

Malaysia

Kota Kinabalu
Kuala Lumpur
Kuching
Langkawi
Miri
Penang

Myanmar

Mandalay

Nepal

Kathmandu

Singapore

Singapore

South Korea

Busan

Taiwan

Taipei

Thailand

Bangkok
Chiang Mai
Krabi
Phuket
Surat Thani

Vietnam

Hanoi
Ho Chi Minh City