Osaka

Sederhana namun begitu menggoda, bersedialah untuk tenggelam dalam pesona budaya dan kehidupan di Osaka, lebih-lebih lagi makanannya! Dianggap sebagai bandar makanan terbaik di dunia oleh laman web The Guardian UK, Osaka sememangnya tidak menghampakan dalam hal penyediaan juadah istimewa yang memuaskan selera. Sehinggakan ada yang mungkin sanggup melakukan Kuidaore - bahasa tempatan yang bermaksud 'makan sampai lebam' - kerana aroma harum takoyaki (bebola sotong), okonomiyaki (penkek), udon (mi Jepun) dan masakan tradisional Jepun yang lain dapat dihidu di sepanjang jalan di bandar ini. Godaan untuk memborong juga pasti tidak dapat dihindari kerana banyak kawasan beli-belah untuk diterokai!

5 Aktiviti Wajib

Osaka Castle

Istana Kota Osaka

Terokai keindahan tersirat salah satu istana kota paling terkenal di Jepun yang dibina pada tahun 1583. Simbol Osaka ini begitu indah terutamanya pada musim bunga ketika sakura mekar berbunga.



Kaiyukan Aquarium

Akuarium Kaiyukan

Kagumi saiz akuarium yang begitu besar, yang menjadi kediaman haiwan laut termasuk memerang laut, ikan lumba-lumba, penyu, penguin dan bintang utama – yu paus hebat bernama Yu-chan.



Tempozan Giant Ferris Wheel

Roda Ferris Gergasi Tempozan

Naiklah roda Ferris gergasi dan hayati pemandangan mengagumkan sekitar Osaka yang lebih indah pada waktu malam ketika lampu-lampu di bandar mula bergemerlapan!



Shinsaibashi Shopping Street

Jalan Beli-belah Shinsaibashi

Kawasan beli-belah utama di bandar ini merangkumi segalanya daripada jenama terkenal hinggalah kepada pereka butik. Kunjungi Dotonbori yang terkenal, tempat papan iklan maskot Glico dapat dilihat di celah-celah kedai makan lain.

Osaka Takoyaki Museum

Muzium Takoyaki Osaka

Puaskan keinginan anda terhadap takoyaki di muzium unik ini, yang dibina untuk memperingati Osaka sebagai tempat lahir juadah enak ini.


Perjalanan ke/dari lapangan terbang

Pengangkutan Ketersediaan Tambang
Keretapi
(laluan Lapangan Terbang Kansai)
Setiap setengah jam 1,160 Yen
Bas (Limousin Lapangan Terbang Osaka) Setiap hari 1,500 Yen
Teksi Setiap hari Bermula daripada 20,000 Yen

Percutian idaman sedang menanti anda di sini!

Tempah Sekarang
 
Fakta Ringkas

Mata Wang
Yen Jepun (JPY)

Bekalan Elektrik
100V 50Hz

Bahasa
Bahasa Jepun

Zon masa
UTC +9

Kod Telefon
+81

Agama
Shinto, Buddha


Cuaca

DIS - FEB

Musim Sejuk
9°C - 12°C
Jangan lupa kot musim sejuk anda - cuaca di sini hampir beku!


MAC - MEI

Musim Bunga
13°C - 24°C
Waktu yang sesuai untuk bersiar-siar kerana bunga sakura indah berkembangan di sekitar bandar.


JUN - OGOS
Musim Panas
27°C - 33°C
Bawa cermin mata hitam dan topi, dan pastikan anda minum banyak air.


SEP - NOV
Musim Luruh
17°C - 29°C
Dijangka hujan kerap turun, jadi bawalah payung atau baju hujan.

Check out these other destinations!

Australia

Gold Coast
Melbourne
Sydney

Cambodia

Siem Reap

China

Changsha
Hangzhou
Kunming
Shanghai
Wuhan
Xi'An

Hong Kong

Hong Kong

India

Kochi

Indonesia

Bali
Bandung
Jakarta
Solo
Yogyakarta

Japan

Osaka
Tokyo

Malaysia

Kota Kinabalu
Kuala Lumpur
Kuching
Langkawi
Miri
Penang

Myanmar

Mandalay

Nepal

Kathmandu

Singapore

Singapore

South Korea

Busan

Taiwan

Taipei

Thailand

Bangkok
Chiang Mai
Krabi
Phuket
Surat Thani

Vietnam

Hanoi
Ho Chi Minh City