Shanghai

Shanghai, bandar paling berpengaruh di China ini begitu dinamik dengan limpahan cahaya terang dari pencakar langit yang tinggi, warga bergaya yang bersiar-siar di sepanjang tebing The Bund yang indah, dan kuil lama yang penuh dengan budaya dan sejarah. Di tengah-tengah metropolis besar ini, anda dapat melihat gabungan sempurna pelbagai budaya – lama dan baharu, barat dan timur – yang memaparkan contoh terbaik peradaban China kontemporari.

5 Aktiviti Wajib

The Bund

The Bund

Menggambarkan kisah silam Shanghai yang penuh warna dan masa depannya yang cerah, kawasan persisiran sepanjang 1.5km di tebing Sungai Huangpu ini dibarisi bangunan avant-garde dengan cetusan inspirasi ciri-ciri Romanesque, Gothic, Renaissance, Baroque dan neoklasik. Di seberang sungai ini terletak bangunan-bangunan tinggi yang menghasilkan latar langit mengagumkan di Shanghai, termasuklah Menara Oriental Pearl yang terkenal.



Yuyuan Gardens

Taman Yuyuan

Tidak akan terlintas di fikiran seseorang itu untuk menikmati ketenangan ketika datang ke Taman Yuyuan. Bagaikan syurga cenderamata, terdapat begitu ramai penjual di sekitar medan yang dikelilingi seni bina Cina klasik yang menarik. Belilah jed, barang kemas, kraf tangan, ataupun anda boleh berbelanja sakan di kedai berjenama popular dalam taman tersebut.



Xintiandi

Xintiandi

Xintiandi yang terletak di Kawasan Konsesi Perancis ialah kawasan beli-belah, makan minum dan hiburan paling hebat tanpa sebarang kereta. Bangunan tradisional Shikumen (pintu pagar batu) telah diubah menjadi kafe dan restoran, bar serta kedai butik yang anggun. Diterjemahkan sebagai "langit dan bumi yang baharu", Xintiandi sangat sesuai bagi mereka yang ingin menyelami unsur sejarah dan budaya di tengah-tengah kemodenan bandar.



Shanghai Art Museum

Muzium Seni Shanghai

Dari luar, bangunan ini tampak moden dan mewah, tetapi ia sebenarnya tempat perlindungan khazanah seni purba. Saksikan keindahan dan kehalusan barangan gangsa, arca, barangan seramik, jed, cap mohor, kaligrafi, duit syiling dan mata wang, lukisan, dan perabut Cina yang berusia beribu-ribu tahun, serta kraf tangan etnik minoriti China.



Nanjing Road

Jalan Nanjing

Inilah syurga beli-belah yang sebenar! Jalan Nanjing merupakan salah sebuah kawasan beli-belah terpanjang dan paling meriah di dunia, tempat yang wajib dilawati penggemar fesyen dan pelancong! Jalan sepanjang 6km ini sentiasa dipenuhi keseronokan setiap hari, dan pabila malam menjelma, jalan tersebut gemilang bermandikan cahaya terang-benderang dari kedai dan restoran.


Perjalanan ke/dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai

Pengangkutan Ke Masa Perjalanan Tambang
Kereta Api (Kereta Api Maglev Shanghai) Stesen Metro Jalan Longyang 8 minit Standard - 50 RMB
VIP - 100 RMB
Kereta Api (Metro Shanghai Laluan 2) Jalan Longyang, Lujiazui, Dataran Rakyat, Lapangan Terbang Antarabangsa Hongqiao 30 minit – 1 jam Bermula daripada 6 RMB
Bas Lapangan Terbang Bangunan Terminal Bandar, Taman Luxun, Stesen Kereta Api Shanghai, Taman Zongshan, Stesen Bas Nanhui 1 jam - 1 ½ jam Daripada 8 RMB - 24 RMB
Teksi Pusat bandar 1 jam Bermula daripada 150 RMB

Percutian idaman sedang menanti anda di sini!

Tempah Sekarang
 
Fakta Ringkas

Mata Wang
Renminbi China

Bekalan Elektrik/Penyesuai Soket
220V, 50Hz  

Bahasa
Mandarin, Dialek Shanghai

Zon Masa
UTC +8

Kod Telefon
+86 21

Agama
Buddha, Konfusianisme, Taoisme, Islam, Kristian

Cuaca

DIS - FEB

Musim sejuk
1°C - 9°C
Kering dan sejuk
Bawa kot musim sejuk supaya anda kekal hangat pada malam yang dingin


MAC - MEI

Musim bunga
9°C - 24°C
Panas dan cerah
Masa terbaik untuk bersiar-siar dan membeli-belah!


JUN - OGO

Musim panas
20°C - 31°C
Panas dan hujan
Minum air dengan banyak dan bawa payung sebagai persediaan.


SEP - NOV

Musim luruh
9°C - 27°C
Bawa kamera anda untuk merakamkan warna dedaunan yang merah keemasan.

Check out these other destinations!

Australia

Gold Coast
Melbourne
Sydney

Cambodia

Siem Reap

China

Changsha
Hangzhou
Kunming
Shanghai
Wuhan
Xi'An

Hong Kong

Hong Kong

India

Kochi

Indonesia

Bali
Bandung
Jakarta
Solo
Yogyakarta

Japan

Osaka
Tokyo

Malaysia

Kota Kinabalu
Kuala Lumpur
Kuching
Langkawi
Miri
Penang

Myanmar

Mandalay

Nepal

Kathmandu

Singapore

Singapore

South Korea

Busan

Taiwan

Taipei

Thailand

Bangkok
Chiang Mai
Krabi
Phuket
Surat Thani

Vietnam

Hanoi
Ho Chi Minh City