Singapura

Untuk negara pulau bersaiz kecil sepertinya, Singapura menawarkan kepuasan melebihi jangkaan. Ia sarat dengan daya penarik, menjadikannya popular untuk pengalaman beli-belah, bersiar-siar, makan minum dan hiburan. Wadah tumpuan pengaruh Cina, Melayu, India dan Barat dapat dilihat pada makanan, seni bina dan budayanya. Tambahan pula, ada sahaja sesuatu yang baharu untuk dilihat kerana Bandar Taman ini sentiasa berusaha meningkatkan tarikannya setiap tahun - sesuatu yang mengagumkan buat bekas kota kara yang ditubuhkan oleh Sir Stamford Raffles pada tahun 1819.

5 Aktiviti Wajib

Marina Bay and Esplanade

Teluk Marina dan Esplanade

Teluk Marina, kini merupakan titik tumpuan negara pulau ini, menempatkan ikon Merlion dan Marina Bay Sands, Muzium Seni & Sains yang menakjubkan, Persiaran Tepi Pantai, Jambatan Heliks, Gardens by the Bay yang baharu dan Esplanade Theatre - salah satu pusat seni pentas terkemuka di Singapura.



Sentosa Singapore

Sentosa

Terlalu banyak untuk dinikmati di pulau yang menyeronokkan ini – taman dan tarikan pengembaraan di Imbiah Lookout, kubu dan Underwater World di Siloso Point, tiga pantai di sepanjang pinggir lautnya, Universal Studios Singapura dan FestiveWalk di Resorts World Sentosa.


Singapore Night Safari

Safari Malam

Di balik tabir kegelapan, lebih 1,000 ekor haiwan nokturnal aktif berjaga di taman hidupan liar waktu malam yang pertama di dunia. Tujuh zon dengan konsep berbeza menampilkan denai, pertunjukan dan trem, yang menawarkan keseronokan waktu malam ketika melihat binatang dalam jarak selamat.



Taman Burung Jurong

Berjalan-jalanlah melalui habitat tiruan, beri makan burung, dan lihat pertunjukan burung di taman burung terbesar di rantau ini, kediaman ribuan burung yang mewakili 380 spesis.



Singapore Art Museum

Muzium Seni Singapura (SAM)

SAM yang terletak di Institusi St. Joseph lama berfungsi sebagai tuan rumah kepada pelbagai pameran hebat seni moden dan kontemporari dari Singapura dan Asia Tenggara. Bangunan tambahan di sebelahnya, SAM at 8Q, terkenal dengan programnya yang berorientasikan masyarakat.


Perjalanan ke/dari lapangan terbang

Pengangkutan Waktu operasi Tambang
Keretapi (MRT) Setiap 3-7 minit SGD1-2
Bas (SBS Transit No.36) Setiap 5-15 minit Kurang daripada SGD2
Teksi biasa 24 jam SGD20-40
Teksi limousin 24 jam SGD 55
Teksi besar (7 tempat duduk) 24 jam SGD60
Bas ulang-alik lapangan terbang 24 jam SGD9
Bas ulang-alik ke Bedok dan Sengkang Setiap jam pada hujung minggu dan cuti umum sahaja. Percuma
Bas ulang-alik ke Taman Perniagaan Changi Setiap 20 minit antara 12:00tgh hingga 2:30ptg pada hari Isnin-Jumaat kecuali cuti umum. Percuma

Percutian idaman sedang menanti anda di sini!

Tempah Sekarang
 
Fakta Ringkas

Mata Wang
Dolar Singapura (SGD)

Bekalan Elektrik
230V

Bahasa
Bahasa Inggeris, Mandarin, Melayu, Tamil

Zon masa
UTC +8

Kod Telefon
+65

Agama
Buddha, Islam, Kristian, Hindu


Cuaca

OKT - JAN

Musim lembap
23°C - 31°C
Bawa payung!


FEB - SEP

Musim kering
24°C - 31°C
Pakai krim pelindung matahari dan bersedia menghadapi hujan gerimis yang turun sekali-sekala.

Check out these other destinations!

Australia

Gold Coast
Melbourne
Sydney

Cambodia

Siem Reap

China

Changsha
Hangzhou
Kunming
Shanghai
Wuhan
Xi'An

Hong Kong

Hong Kong

India

Kochi

Indonesia

Bali
Bandung
Jakarta
Solo
Yogyakarta

Japan

Osaka
Tokyo

Malaysia

Kota Kinabalu
Kuala Lumpur
Kuching
Langkawi
Miri
Penang

Myanmar

Mandalay

Nepal

Kathmandu

Singapore

Singapore

South Korea

Busan

Taiwan

Taipei

Thailand

Bangkok
Chiang Mai
Krabi
Phuket
Surat Thani

Vietnam

Hanoi
Ho Chi Minh City