Surat Thani

Kekayaan sejarah, kelazatan makanan, suasana romantik ketika menyusuri pantai dan parti tanpa henti – semua ini dan banyak lagi di Surat Thani! Nikmati ketenangan tatkala menaiki bot ke kampung terapung di Empangan Ratchaprapha. Jamu selera dengan pelbagai makanan jalanan yang enak seperti Kek Ikan Thai yang pedas dan roti Kuning Telur Asin yang lazat! Kunjungi Koh Samui dan rendamkan jari kaki anda (atau keseluruhan badan anda) dalam air laut yang sangat jernih di pulau paling terkenal di Thailand, atau 'berparti sampai penat kaki' di Parti Bulan Purnama Koh Phangan yang terkenal di seluruh dunia.

5 Aktiviti Wajib

Koh Samui

Koh Samui

Dengan pantai berpasir putih, perairan biru yang memukau dan deretan rapi pokok palma yang meliuk-liuk, Koh Samui memiliki semua ramuan untuk aktiviti kembara pulau yang sempurna.



Koh Phangan

Koh Phangan

Pengunjung dari serata dunia berkumpul di sini untuk merasai pengalaman Parti Bulan Purnama Koh Phangan yang terkenal, yang diadakan setiap dua minggu. Pastinya acara yang tidak akan dilupakan!



Koh Tao

Koh Tao

Pulau utama untuk penggemar aktiviti selam, terdapat pelbagai tempat selaman di sekitar pulau seperti Puncak Chumphorn, Taman Jepun, Batu Putih dan Batu Merah.



Khao Sok National Park

Taman Negara Khao Sok

Datanglah melawat salah sebuah hutan hujan tertua di dunia yang dikelilingi pergunungan batu kapur purba, atau bermalam di kampung terapung untuk satu pengalaman yang paling berharga.



Ang Thong National Marine Park

Taman Laut Negara Ang Thong

Bermaksud 'Mangkuk Emas' dalam bahasa Thai, Taman Laut Negara Ang Thong ini paling sesuai diterokai dengan bot mengelilingi kira-kira 42 buah pulau yang menarik.


Perjalanan ke/dari lapangan terbang

Pengangkutan Ketersediaan Tambang
Bas Setiap hari THB100
Teksi Setiap hari Bermula daripada THB1,000

Percutian idaman sedang menanti anda di sini!

Tempah Sekarang
 
Fakta Ringkas

Mata Wang
Baht Thai (THB)

Bekalan Elektrik
220V 50Hz

Bahasa
Bahasa Thai, Bahasa Inggeris

Zon masa
UTC +7

Kod Telefon
+66 77

Agama
Buddha, Islam, Kristian


Cuaca

DIS - FEB

Musim monsun
21°C - 32°C
Petang yang berangin dan cuaca yang nyaman.


MAC - MEI

Musim kering
22°C - 35°C
Cerah dan panas terik.


JUN - OGOS
Musim kering
23°C - 33°C
Lembap dan basah.


SEP - NOV

Musim hujan

23°C - 33°C
Agak basah dan lembap.

Check out these other destinations!

Australia

Gold Coast
Melbourne
Sydney

Cambodia

Siem Reap

China

Changsha
Hangzhou
Kunming
Shanghai
Wuhan
Xi'An

Hong Kong

Hong Kong

India

Kochi

Indonesia

Bali
Bandung
Jakarta
Solo
Yogyakarta

Japan

Osaka
Tokyo

Malaysia

Kota Kinabalu
Kuala Lumpur
Kuching
Langkawi
Miri
Penang

Myanmar

Mandalay

Nepal

Kathmandu

Singapore

Singapore

South Korea

Busan

Taiwan

Taipei

Thailand

Bangkok
Chiang Mai
Krabi
Phuket
Surat Thani

Vietnam

Hanoi
Ho Chi Minh City