Taipei
Ibu kota Taiwan yang terserlah keanggunannya. Hab ekonomi, kewangan, pelancongan dan bahkan fesyen, kehidupan yang sentiasa berubah-ubah dan serba pantas di Taipei. Kota metropolitan yang berkembang maju yang dipenuhi dengan kemodenan, namun tetap mengekalkan nilai-nilai tradisional yang dipindahkan sejak turun-temurun. Latar langitnya dibina untuk menakjubkan, tetapi apabila anda meneroka melalui bandar yang mengujakan ini, anda akan dapat merasakan keseronokan dalam keindahan semula jadi yang maha luas atau dalam keramahan penduduk setempat.
 |
5 Aktiviti Wajib |

Taipei 101
Ikon Taipei, dan pusat bandar yang terserlah, bangunan mencakar langitnya adalah bangunan hijau yang tertinggi di dalam dunia. Struktur pasca moden menampilkan 101 tingkat membeli-belah, pusat persidangan, pejabat, restoran dan kedua-dua balai cerap luar dan dalam bangunan. Teruskan ke bahagian teratas bangunan untuk menyaksikan pemandangan Bandar Taipei yang jelas lagi menakjubkan!
Pasar Malam Shilin
Terdapat pelbagai pasar malam di Taipei, tetapi Pasar Malam Shilin adalah yang paling terkenal. Pemburu makanan mengerumuni penjaja makanan dan pusat makanan kecil yang banyak terdapat di sana terutama sekali dalam kalangan 539 gerai dalam medan makan. Selepas makan malam, banyak tarikan seperti teater filem, arked video, kedai dan gedung karaoke akan membuat anda kekal segar sehingga waktu tutup pada larut malam.

Dewan Memorial Chiang Kai-Shek
Satu lagi mercu tanda yang terkenal di Taipei, Dewan Memorial Negara Chiang Kai-shek telah dibina bagi memperingati mantan presiden Republik China. Dewan dan datarannya kini adalah hab untuk majlis kebudayaan, dan Dewan Konsert Negara dan Teater Negara juga berada berhampiran dengannya, yang menempatkan persembahan seperti Yo-yo Ma, Koir Vienna Boys dan bahkan mendiang Luciano Pavarotti sendiri.
Taroko Gorge
Naiki keretapi selama 2 jam dari Taipei untuk tiba di Taroko Gorge yang menawan. Bertempat dalam Taman Negara Taroko, gaung tersebut dikenali dengan keindahan semula jadi yang mengagumkan dan bekalan batu marmar yang begitu banyak terdapat di sana. Para pengunjung boleh mengalami suasana semula jadi ketika mereka menerokai pelbagai pemandangan dan bunyi-bunyian, seperti Candi Eternal Spring, Swallow Grotto, Desa Buluowan dan banyak lagi.

Wufenpu
Mereka yang gemar membeli-belah tentu akan berasa gembira dengan begitu banyak pilihan dalam pasar pakaian borong utama Taipei yang menawarkan fesyen dan trend terkini pada harga yang berpatutan. Kedai-kedai dibuka dari pagi hingga tengah malam setiap hari, dan kegiata tawar-menawar tentu sekali akan membuatkan anda terus menerokai kawasan Wufenpu.
 |
Ke Dan Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan |
Pengangkutan |
Ke |
Perjalanan |
Tambang |
Bas |
1819 |
Stesen Utama Taipei |
55 minit |
NT$125 |
2061 CitiAir West Bus |
Sheraton Hotel |
80 minit |
NT$90 |
2060 CitiAir East Bus |
Grand Hyatt Taipei |
70 minit |
NT$145 |
Keretapi Kelajuan Tinggi (melalui bas ulang-alik ke stesen Taoyuan THSR) |
Stesen Taipei THSR |
20 minit |
NT$155 |
Teksi |
Stesen Utama Taipei |
40 minit |
Bermula dari NT$1000 |
Percutian idaman sedang menanti anda di sini!
Tempah Sekarang |
|
 |
Fakta Ringkas |
Mata Wang Dolar Taiwan Baru (NTD)
Bekalan Elektrik
110 V AC 50Hz |
 |
Bahasa Mandarin, Taiwan, Hakka, Inggeris
Zon masa UTC +8
Kod Telefon +886
Agama Buddha, Taois, Kristian |
 |
Cuaca |
JUN - OGO |
 Musim panas - Panas dan hujan 24°C - 38°C Minum banyak air dan bawa payung.
|
SEP - NOV |
 Musim Gugur - Hangat dan nyaman 19°C - 27°C Bawa pakaian yang perlu sahaja dan kamera!
|
DIS - FEB |
 Musim Sejuk - Kering dan berangin 13°C - 19°C Keadaan boleh menjadi amat dingin, jadi, pastikan anda membawa jaket musim sejuk yang tebal.
|
MAC - MEI |
 Musim Bunga - Cerah dan terang 15°C - 19°C Masa terbaik untuk bersiar-siar dan membeli-belah!
|
|