Lepasi pemeriksaan keselamatan dan naik pesawat anda dengan lebih mudah dan lancar dengan F.A.C.E.S.

FACES-Header

Kami membuktikan bahawa kami adalah perintis dalam bidang penerbangan dan teknologi dengan F.A.C.E.S.* (Fast Airport Clearance Experience System)!

Sebagai sebuah sistem yang pertama seumpamanya di Malaysia, F.A.C.E.S. merupakan sistem pengecaman wajah untuk menaiki pesawat yang dimiliki dan dikendalikan oleh AirAsia yang bertujuan untuk memberikan pengalaman perjalanan yang mudah dan lancar kepada tetamu kami. Selepas mendaftar dalam sistem ini, anda akan dapat melepasi pemeriksaan keselamatan lapangan terbang dan menaiki pesawat anda dengan lebih pantas!



Bagaimanakah cara untuk menggunakan sistem ini?

Daftar untuk F.A.C.E.S.
(untuk pertama kali sahaja atau sehingga pasport luput/penggantian MyKad) di kios pendaftaran dengan pasport dan/atau MyKad anda (untuk penerbangan domestik Malaysia)
Langkah 2

Lakukan daftar-masuk (juga boleh dilakukan sebelum pendaftaran) dan serahan bagasi
Langkah 3

Sila ke tempat pemeriksaan keselamatan lapangan terbang, imbas pas masuk anda dan jalani proses pengesahan oleh pihak berkuasa lapangan terbang
Langkah 4

Lakukan pemeriksaan imigresen seperti biasa
(untuk penerbangan antarabangsa)
Langkah 5

Sila ke pintu perlepasan automatik untuk pengecaman wajah sebelum menaiki pesawat anda




*F.A.C.E.S. memerlukan tetamu untuk melengkapkan semua langkah bagi memastikan proses kemasukan ke pesawat berjaya. Perkhidmatan ini hanya tersedia untuk penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor Bahru buat masa ini.
Untuk maklumat lanjut, baca Soalan Lazim Sistem Pengecaman Wajah kami.