AirAsia Premium Red Lounge

Inginkan tempat untuk berehat dan bersantai sebelum menaiki penerbangan di klia2? AirAsia Premium Red Lounge kini tersedia untuk anda. Ruang menunggu kami menawarkan suasana yang selesa, tidak hanya membolehkan anda berehat dan bersantai malah menyiapkan urusan kerja anda sebelum meneruskan perjalanan bersama kami.

 

Menjamu selera

Jamu selera anda di kafe kami yang menyediakan pelbagai pilihan hidangan tempatan serta fusion yang enak dan memenuhi cita rasa anda. Minuman beralkohol juga tersedia untuk pembelian.

Produktiviti

Bilik VIP kami dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi memenuhi keperluan anda, memudahkan anda untuk menyiapkan urusan kerja anda walaupun ketika dalam perjalanan.Ruang menunggu kami juga mempunyai beberapa stesen kerja, ruang mengecas selain sambungan Internet berkelajuan tinggi yang dapat diakses di semua kawasan ruang menunggu.

Bersantai

Bersantai di bilik yang menghadap landasan pesawat atau isikan masa anda dengan pelbagai bahan bacaan menarik yang terdapat di sini.Anda juga boleh menggunakan kemudahan bilik mandi dan bilik persalinan yang disediakan untuk membersihkan diri dan menukar pakaian supaya anda berasa lebih selesa dan segar untuk penerbangan yang seterusnya.

Akses ke Ruang Menunggu

Ruang menunggu kami terletak di Balai Berlepas Antarabangsa klia2, Aras Mezanin (Rusuk Udara) dan dibuka 24 jam. Akses ke ruang menunggu kami tersedia untuk tetamu Katil Rata Premium dan Premium Flex bagi penerbangan antarabangsa yang berlepas dari Kuala Lumpur.

Caj

Tetamu Katil Rata Premium & Premium Flex Tetamu Lain
Tetamu pratempah**
Percuma untuk 3 jam pertama*
RM 79.00 (termasuk GST) sekali masuk (3 jam)*
*Percuma (untuk kanak-kanak berusia antara 0 dan 2 tahun)
RM 69.00 (termasuk GST) sekali masuk (3 jam)

*Caj sebanyak RM79 dikenakan bagi setiap 3 jam berikutnya (selepas 3 jam pertama).
**Pratempah hanya tersedia melalui akaun Ahli BIG untuk tetamu AirAsia (AK) & AirAsia X (D7) yang berlepas dari Kuala Lumpur.

Pratempah akses sekarang!

Lokasi ruang menunggu

Ada soalan? Dapatkan jawapan untuk soalan anda daripada FAQ AirAsia Premium Red Lounge.

Tertakluk pada terma dan syarat.