Hidangan panas

Santan, flavours of asean

Dinamakan sempena antara ramuan utama yang digunakan dalam masakan, menu Santan kami menawarkan pelbagai pilihan hidangan Asean, antarabangsa dan vegetarian.  Hidangan Kombo Santan kami tidak hanya memberikan lebih nilai dan penjimatan kepada tetamu tetapi juga membolehkan mereka memilih dan membuat pratempahan Hidangan Panas kegemaran mereka daripada rangkaian menu kami. Minuman disertakan percuma dengan semua hidangan pratempah. 

Pratempah hidangan anda melalui laman web kami sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keenakan hidangan kami dalam penerbangan anda!


Nak terbang kenyang?

Pratempah hidangan anda sekarang!


Pilih penerbangan anda untuk melihat hidangan yang boleh ditempah  

Nasi Lemak Pak Nasser

Nasi Lemak Pak Nasser
Hidangan nasi lemak ini disajikan bersama-sama sambal cili Pak Nasser dan rendang ayam, ikan bilis goreng, kacang tanah rangup dan telur separuh masak.

Nasi Ayam Uncle Chin

Nasi Ayam Uncle Chin
Hidangan kegemaran orang Cina di Malaysia iaitu nasi empuk berperisa yang dihidangkan bersama ayam panggang serta sos cili, halia dan bawang putih, resipi rahsia istimewa Uncle Chin.

Beriani Ayam Vindaloo

Beriani Ayam Vindaloo
Ayam Vindaloo disajikan bersama nasi beriani yang dimasak bersama rempah-ratus dan herba serta padat dengan sayuran.

Biryani Ayam Bukhara

Biryani Ayam Bukhara
Ayam lembut yang dimasak dalam sos Bukhara yang pedas dan berempah, dihidangkan bersama nasi basmati yang harum serta campuran asli rempah-ratus terpilih, eksklusif untuk memikat selera anda.

Tauhu Vegan dengan Nasi Pilaf (V)

Tauhu Vegan dengan Nasi Pilaf (V)
Hidangan vegetarian yang sihat dan lazat yang menggabungkan nasi pilaf dengan tauhu berempah, cutni tomato dan kubis bunga celur.Hidangan ini pasti memenuhi selera semua.

Kari Hijau Thai dengan Nasi

Kari Hijau Thai dengan Nasi
Ayam Kari Ayam Hijau Thai yang disediakan menggunakan bahan-bahan dan rempah-ratus asli Thai ini pasti memenuhi selera anda, apatah lagi apabila dinikmati bersama nasi putih yang harum dan gebu.

Lasagna Ayam

Lasagna Ayam
Nikmati hidangan Lasagna Ayam yang klasik ini. Lapisan sos tomato ayam, sos berkrim, pasta dan parutan keju dibakar sehingga sempurna. Sayuran disajikan bersama sebagai pelengkap hidangan.

Ayam Kung Pao dengan Nasi

Ayam Kung Pao dengan Nasi
Hidangan yang berasal dari Szechuan ini menggabungkan ayam, cili kering, sos Kung Po pedas, lada benggala, bawang besar dan kacang gajus. Disajikan dengan nasi putih yang harum, hidangan ini pasti memberikan gabungan rasa yang sempurna.

Kombo Kanak-kanak

Kombo Kanak-kanak
Set snek enak untuk kanak-kanak ini disertakan bersama piza mini yang dilapisi dengan sos tomato manis, kepingan daging ayam dan keju mozarela serta cheddar.

Balutan Ayam Bijan

Balutan Ayam Bijan
Tortilla yang enak ini padat berisi dada ayam panggang, salad romaine, lada benggala merah, timun, bawang besar, ketumbar, timun gerkin dan keju cheddar. Sos bijan buatan sendiri melengkapkan sajian ini.

Aneka Sandwic

Aneka Sandwic
Mengapa hanya memilih satu apabila anda boleh menikmati kesemuanya? Snek enak ini didatangkan dalam empat pilihan sandwic – ham dan keju, mayo telur, mayo tuna dan mayo jejari ketam berkrim.



Maximise your in-flight meal

  • Terma dan syarat hidangan pratempah
    1. Pilihan hidangan adalah tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa. Makanan mungkin mengandungi kekacang, gluten, makanan laut, telur atau produk tenusu.
    2. Penyediaan produk, perkhidmatan, program atau makanan yang diiklankan Dalam Penerbangan adalah tertakluk kepada ketersediaan.
    3. Pratempahan makanan tidak dibenarkan jika tempahan dibuat dalam masa 24 jam sebelum waktu perlepasan.
    4. Perubahan kepada makanan pratempah hanya boleh dilakukan lebih daripada 24 jam sebelum waktu perlepasan. Penumpang hendaklah membayar sebarang perbezaan pada harga jika harga makanan baru adalah lebih tinggi.
    5. Pas masuk ialah bukti pembelian makanan pratempah dan hendaklah ditunjukkan kepada anak kapal semasa di dalam pesawat untuk menuntut makanan pratempah
    6. AirAsia berhak menggantikan mana-mana komponen makanan pratempah atau menukar resipi atau spesifikasi makanan pratempah. AirAsia akan berusaha untuk menyediakan makanan yang sama nilainya dengan makanan pratempah sediakala yang telah digantikan.
  • Terma dan syarat hidangan pratempah (Penerbangan D7)
    1. Semua hidangan pratempah disediakan dengan satu minuman percuma.
    2. Additional sides for Max Your Meal include Haagen-Dazs Ice Cream, Kit Kat and Penne Pasta.
    3. Pilihan hidangan termasuk yang diiklankan adalah tertakluk pada ketersediaan dan perubahan dari semasa ke semasa. Makanan mungkin mengandungi kekacang, gandum, makanan laut, telur, produk tenusu, kerang-kerangan dan/atau soya.
    4. Tempahan dan/atau perubahan untuk hidangan pratempah dalam talian bagi semua destinasi mestilah dilakukan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu perlepasan atau 48 jam untuk New Zealand dan Gold Coast (Australia).
    5. Pas masuk adalah bukti pembelian hidangan pratempah dan hendaklah ditunjukkan kepada anak kapal semasa di dalam pesawat untuk penebusan. Tiada penebusan dalam bentuk lain akan dilayan atau diterima.
    6. AirAsia berhak menggantikan sebarang komponen hidangan pratempah atau menukar resipi atau spesifikasi hidangan pratempah kepada sebarang item lain yang sama nilainya.
  • Terma dan syarat hidangan pratempah (Penerbangan D7 Honolulu )
    1. Semua hidangan pratempah disediakan dengan satu minuman percuma.
    2. Pilihan hidangan termasuk yang diiklankan adalah tertakluk pada ketersediaan dan perubahan dari semasa ke semasa. Makanan mungkin mengandungi kekacang, gandum, makanan laut, telur, produk tenusu, kerang-kerangan dan/atau soya.
    3. Pilihan hidangan untuk penerbangan antara Kuala Lumpur (Malaysia), Kansai, (Jepun) dan Honolulu (AS) tidak mengandungi daging khinzir dan alkohol.
    4. Tempahan dan/atau perubahan kepada hidangan pratempah dalam talian bagi semua destinasi mestilah dilakukan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu perlepasan atau 48 jam untuk Honolulu (AS), Kansai (Jepun), New Zealand dan Gold Coast (Australia).
    5. Pas masuk adalah bukti pembelian hidangan pratempah dan hendaklah ditunjukkan kepada anak kapal semasa di dalam pesawat untuk penebusan. Tiada penebusan dalam bentuk lain akan dilayan atau diterima.
    6. AirAsia berhak menggantikan sebarang komponen hidangan pratempah atau menukar resipi atau spesifikasi hidangan pratempah kepada sebarang item lain yang sama nilainya.
    7. Sekiranya anda mempunyai sebarang keperluan diet khas, sila hantarkan borang dalam talian (http://www.airasia.com/my/ms/e-form.page) atau hubungi pasukan Live Chat kami di (http://www.airasia.com/my/ms/live-chat.page).