Proses Pengwujudan Akaun

Proses pengwujudan/ pengemaskinian/ pembatalan akaun pukal

  1. PTJ dikehendaki melengkapkan Borang Kew.310e melalui sistem 1GFMAS.
  2. Semua Borang Kew.310e yang telah lengkap diisi hendaklah die-melkan kepada JANM Cawangan untuk semakan dan pengesahan sebelum dihantar kepada AirAsia Berhad.
  3. Borang Kew.310e hendaklah dihantar kepada kami untuk Proses Pengwujudan, Kemaskini & Pembatalan Akaun Pukal.
  4. Borang Kew.310e akan die-melkan kepada agss_gbdc_finance@airasia.com.
  5. AirAsia akan memproses pengwujudan akaun pukal dalam masa 3 hari bekerja bergantung kepada kelengkapan maklumat yang diterima pada Borang Kew.310e.
  6. Bagi pengwujudan akaun pukal, Borang Kew.310e yang telah dilengkapkan dengan jumlah akaun pukal baru beserta AP503 akan dihantar kepada AO dalam masa 3 hari bekerja.

Proses Pembayaran Pukal (Billing)

  1. AirAsia akan menghantar bil / invois bagi setiap PTJ berdasarkan permintaan melalui e-mel.
  2. AirAsia akan menyedia dan menghantar AP504 kepada AO selewat-lewatnya 10 haribulan setiap bulan secara SFTP.
  3. AirAsia akan menyemak status pemprosesan pembayaran pukal dengan pegawai bertanggungjawab dengan pukal dari semasa ke semasa.
  4. Pembayaran akan dibuat oleh AO kepada AirAsia dalam tempoh 7 hari bekerja selepas fail AP504 diterima secara electronic transfer/ IBG.
  5. AO akan menghantar e-mel notifikasi kepada AirAsia beserta AP505 & AP506.
  6. AirAsia akan mengenalpasti punca penolakan berdasarkan data AP506 dan memaklumkan PTJ dan AO untuk pembetulan. Data dalam AP506 akan dimasukkan ke dalam AP504 bulan berikutnya selepas pembetulan dibuat.

Pemulangan Wang (Refund)

  1. Untuk proses pemulangan wang, PTJ dikehendaki menghantar Borang Permohonan Pemulangan Wang, Surat Rasmi dan Dokumen Sokongan dari jabatan masing-masing melalui e-mel atau ke Pejabat AirAsia.
  2. PTJ harus memastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan tepat bagi mengelak sebarang kelewatan dalam proses pemulangan wang melalui EFT/ IBG.
  3. AirAsia akan menentukan samada permohonan mengikut kriteria yang membolehkan pemulangan wang diproses dan akan memaklumkan melalui e-mel jika sebarang maklumat tambahan diperlukan.
  4. Untuk permohonan yang berjaya, AirAsia akan memproses pemulangan wang di dalam masa 60 hari bekerja.

Sebarang pertanyaan, hubungi kami di talian 03 8660 4680 atau ke alamat emel clientsupport@airasia.com.