Waran Perjalanan Udara Awam AirAsia (WPUA)

login-wpua

Waran Perjalanan Udara Awam AirAsia atau dikenali sebagai WPUA AirAsia ialah pakej perjalanan komprehensif untuk PENGGUNAAN TUGASAN RASMI kakitangan di dalam Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri serta Badan-badan Berkanun, Universiti dan Kelab di bawah persatuan Kerajaan / Kementerian.

Keistimewaan penggunaan perkhidmatan (WPUA) AirAsia

PERCUMA seleksi tempat duduk termasuk TEMPAT DUDUK HOT SEAT

PERCUMA seleksi hidangan makanan & minuman

PERCUMA 40 kg pertama bagasi bagi semua penerbangan AirAsia  dan AirAsia X 
(Bisnes dan Ekonomi)

PERCUMA 20 kg peralatan sukan bagi penerbangan AirAsia dan AirAsia X

PERCUMA perkhidmatan kaunter daftar penumpang

PERCUMA penukaran penerbangan sehingga 2jam sebelum masa penerbangan

Penempahan sehingga 3 jam sebelum penerbangan

Nikmati perlindungan insurans perjalanan Tune Protect*

icon_wifi-connect

Tetap berhubung dengan orang tersayang dengan menggunakan aplikasi komunikasi kegemaran anda

Dapatkan lebih banyak faedah dengan yang berikut:

Program Kesetiaan BIG AirAsia

Nyatakan ID Ahli AirAsia BIG anda apabila membuat tempahan melalui Ejen Pelancongan Kerajaan untuk memperoleh ganjaran mata BIG point mengikut program 'Freedom Flyer' AirAsia Big Loyalty
Untuk keterangan lanjut sila layari sini.

rokki-logo-64

PERCUMA 3MB Pelan Chat untuk kakitangan kerajaan

Hubungi orang tersayang dalam penerbangan AirAsia bersama ROKKI Wi-Fi. Maklumat lanjut di www.rokki.com.

*Untuk permohonan atau pertanyaan mengenai tuntutan Tune Protect, sila e-mel kami di: claims.my@tuneprotect.com atau enquiry@tuneprotect.com.

Syarat-syarat Penggunaan WPUA AirAsia

  1. Bagi penukaran penempahan pada saat akhir, pemberian makanan & minuman mungkin adalah berbeza.
  2. Penempahan sehingga 3 jam sebelum penerbangan boleh dibuat melalui ejen pelancongan yang dilantik.
  3. Tiada Caj Penukaran bagi waktu penukaran  sehingga 2 jam sebelum waktu penerbangan tertakluk kepada perbezaan harga
  4. Tiada Caj bagi Penukaran masa On Standby Basis (Untuk Penukaran Awal Sahaja) – Penukaran boleh dilakukan di Kaunter Lapangan Terbang, Ejen Pelancongan yang dilantik & Khidmat Sokongan Pelanggan.

Sekiranya Terlepas Penerbangan (Missed flight)

Bagi penukaran ke penerbangan selepas waktu asal, penukaran boleh dilakukan di kaunter lapangan terbang AirAsia pada tarikh yang sama sahaja*

  1. Caj penukaran perlu dibayar secara di kaunter. Resit pembayaran akan diberikan atas permintaan penumpang.
  2. Sebarang penukaran penempahan tertakluk pada penerbangan sedia ada pada hari yang sama.
  3. Tertakluk pada terma dan syarat, ketersediaan tempat duduk dan tarikh penerbangan yang sama.
Sektor / Rantau Caj Penukaran (tidak termasuk caj SST 6%)
Domestik RM50
Antarabangsa RM75
AirAsia X RM100

Jabatan Pembangunan Kerajaan AirAsia :

Alamat

AirAsia Berhad
Jalan Pekeliling 5,
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2)
64000 KLIA,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

Hubungi Kami

Talian: (603) 8660 0010
Emel: clientsupport@airasia.com
Emel Berkumpulan:maa_gacsales@airasia.com
Emel Berkumpulan Kewangan:maa_gov_finance@airasia.com

Waktu Operasi Bantuan Khidmat Pelanggan :
6.00 pagi - 11.00 malam (setiap hari termasuk cuti umum)

Berita dan pengumuman

FAQ
TIP : Taip "kerajaan" untuk mencari semua soalan lazim terkini.