1. | Pengangkutan dari Lapangan terbang ke Pulau dan dari Pulau ke Lapangan terbang: pengangkutan hendaklah termasuk kedua-dua pengangkutan darat dan pengangkutan laut seperti berikut: 1.1 Pengangkutan darat: kenderaan disediakan oleh pembekal kenderaan, jenis kenderaan hendaklah mengikut bilangan penumpang. 1.2 Pengangkutan laut: akan menggunakan bot laju atau feri, bergantung pada bilangan penumpang dan/atau kenderaan.
Kedua-dua perkhidmatan automobil dan bot adalah di bawah budi bicara syarikat berkaitan. Mereka akan menentukan jenis automobil dan/atau bot yang diperlukan. Thai AirAsia Co. Ltd. (AirAsia) dan AirAsia Berhad (Malaysia) tidak boleh dikaitkan dengan penyediaan pengurusan perkhidmatan kenderaan dan/atau bot/feri. |
2. | Perkhidmatan oleh Pengendali Lain: Bagi penyediaan perkhidmatan selain daripada pengangkutan udara, AirAsia akan hanya menjadi pengeluar tiket untuk perkhidmatan automobil dan/atau bot kepada tetamunya.
|
3. | Polisi Daftar Masuk: Penumpang perlu mendaftar masuk untuk pengangkutan darat dan/atau pengangkutan laut di kaunter pembekal perkhidmatan yang terletak di lapangan terbang dan/atau pulau sekurang-kurangnya 10 minit sebelum waktu bertolak.
|
4. | Pembatalan dan Perubahan: Penumpang tidak boleh mengubah dan/atau memohon pengembalian wang untuk penerbangan, perkhidmatan automobil dan/atau bot. Pembatalan dan/atau perubahan jadual perjalanan serta pengurusan penumpang adalah mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh AirAsia. Penumpang akan dianggap sebagai telah memahami semua syarat dan peraturan semasa melakukan tempahan dengan AirAsia.
|
5. | Bayaran Bot Panjang: Sesetengah destinasi mungkin tertakluk pada keadaan cuaca dan mungkin memerlukan penggunaan bot panjang atau bot yang lebih kecil. Bayaran untuk bot panjang dan bot yang lebih kecil adalah tidak termasuk dalam tambang yang dinyatakan di laman web ini dan penumpang perlu membayar secara terus kepada pengendali yang berkenaan.
|
6. | Laluan Antarabangsa: Pelancong antarabangsa mestilah memiliki pasport yang sah untuk tempoh yang tidak kurang daripada 6 (enam) bulan dari tarikh perjalanan dan telah mendapatkan visa masuk dan keluar, jika perlu.
|
7. | Kerosakan: AirAsia berhak untuk menafikan apa-apa tanggungjawab ke atas kematian dan/atau kecederaan fizikal serta kerosakan, kehilangan dan/atau kelewatan penggantian bagasi dan harta benda yang diakibatkan oleh perkhidmatan automobil dan/atau bot yang disediakan oleh pembekal atau yang diakibatkan oleh kenderaan itu sendiri.
|
8. | Penumpang boleh mengubai suai mana-mana pembelian perkhidmatan atau produk yang berkaitan dengan penerbangan tidak kurang 4 jam dari masa berlepas. |