Pengangkutan ke Pulau dan Bandar

AirAsia Island Transfer

Tidak dapat mencari kaedah pengangkutan darat yang sesuai untuk membawa anda ke lokasi idaman di Thailand? Jangan bimbang! Pergi ke sana ke sini di Thailand kini lebih mudah dengan Perkhidmatan Pengangkutan kami yang baharu!

Dengan pelan perjalanan semua-dalam-satu, anda kini boleh menikmati kemudahan perkhidmatan pengangkutan berikut:

  • Pengangkutan ke Pulau:
    Kunjungi pulau-pulau yang indah seperti Lanta, Lipe, Phangan, Phi Phi, Samui dan banyak lagi!
  • Pengangkutan ke Bandar:
    Kunjungi bandar-bandar yang terkenal dan menarik di Thailand seperti Pai.

Hanya klik pada tab di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai khidmat pengangkutan kami!

Pengangkutan ke Pulau

Menjengah pulau kini lebih mudah dengan khidmat Pengangkutan antara Pulau kami yang baru! Dengan pelan perjalanan semua dalam satu yang baru ini, anda boleh melawat pulau Lanta, Lipe, Phangan, Phi Phi dan Samui yang menakjubkan! Semua pengangkutan udara, darat dan laut anda digabungkan bersama untuk satu tempahan mudah!

Bacalah seterusnya untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan perjalanan yang mudah ini!

 

APA

Pengangkutan antara Pulau ialah pelan perjalanan semua dalam satu yang baru, mudah, merangkumi penerbangan serta pengangkutan darat dan laut ke pulau-pulau indah di Thailand.

DI MANA

Dengan lima pulau hebat dan pelbagai lapangan terbang untuk dipilih, yakinlah bahawa kami memikirkan keselesaan anda ketika menyediakan pelan pemindahan ini.

Pulau
Samui Bangkok ► Surat Thani Lapangan Terbang Antarabangsa Surat Thani ► Jeti Donsak Jeti Donsak ► Pulau Samui (Jeti Raja Ferry, Lipa Noi)
Kuala Lumpur ► Surat Thani Lapangan Terbang Antarabangsa Surat Thani ► Jeti Donsak Jeti Donsak ► Pulau Samui (Jeti Raja Ferry, Lipa Noi)
Bangkok ► Nakhon Si Thammarat Lapangan Terbang Antarabangsa Nakhon Si Thammarat ► Jeti Donsak Jeti Donsak ► Pulau Samui (Jeti Raja Ferry, Lipa Noi)
Phangan Bangkok ► Surat Thani Lapangan Terbang Antarabangsa Surat Thani ► Jeti Donsak Jeti Donsak ► Pulau Phangan (Jeti Raja Ferry, Thong Sala)
Kuala Lumpur ► Surat Thani Lapangan Terbang Antarabangsa Surat Thani ► Jeti Donsak Jeti Donsak ► Pulau Phangan (Jeti Raja Ferry, Thong Sala)
Bangkok ► Nakhon Si Thammarat Lapangan Terbang Antarabangsa Nakhon Si Thammarat ► Jeti Donsak Jeti Donsak ► Pulau Phangan (Jeti Raja Ferry, Thong Sala)
Phi Phi Bangkok ► Phuket Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket ► Jeti Rassada Jeti Rassada ► Pulau Phi Phi (Jeti Phi Phi)
Lanta Bangkok ► Krabi Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi ► Jeti Nopparatthara Jeti Nopparatthara ► Pulau Lanta (Jeti Saladan)
Lipe Bangkok ► Hat Yai Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai ► Jeti Pakbara Jeti Pakbara ► Pulau Lipe
Ngai Bangkok ► Trang Lapangan Terbang Antarabangsa Trang ► Jeti Pakmeng Jeti Pakmeng ► Ngai (KohNgai Villa)
Yao Noi Bangkok ► Krabi Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi ► Jeti Nopparatthara Jeti Nopparatthara ► Yao Noi (Jeti Manoh)
Tao Bangkok ► Surat Thani Lapangan Terbang Antarabangsa Surat Thani ► Jeti Donsak (Seatran) Jeti Donsak ► Pulau Tao (Jeti Seatran)
Bangkok ► Nakhon Si Thammarat Lapangan Terbang Antarabangsa Nakhon Si Thammarat ► Jeti Donsak (Seatran) Jeti Donsak ► Pulau Tao (Jeti Seatran)


Nota:
Pengangkutan darat merangkumi van atau bas; pengangkutan laut merangkumi feri atau bot laju - ketersediaan jenis pengangkutan darat dan laut adalah mengikut budi bicara penyedia pihak ketiga. Tertakluk kepada Terma dan Syarat.

BAGAIMANA

Teruskan sahaja proses tempahan sepertimana anda menempah penerbangan; kemudian pilih pulau yang diingini dan semuanya akan digabungkan sebagai Pengangkutan antara Pulau. Setelah pembayaran dibuat, anda akan dapat melihat bahagian tambahan yang menyerlahkan pelan pemindahan anda.

Nota: Jadual perjalanan dengan butiran pengangkutan antara pulau diperlukan untuk pengesahan sebelum setiap pemindahan.

SIAPA

Pengangkutan darat dan laut disediakan oleh penyedia pihak ketiga seperti di bawah.

 

Lokasi Pengangkutan darat dan laut
Nakhon Si Thammarat & Surat Thani Raja Ferry
Hat Yai, Krabi, Phuket & Trang Ao Nang Princess
Nakhon Si Thammarat & Surat Thani (Pulau Tao) Seatran Discovery

 

SOALAN LAZIM

Ketahui lebih lanjut tentang Pengangkutan antara Pulau kami di sini.

Pengangkutan ke Bandar

Menerokai Thailand kini lebih mudah dengan Pengangkutan ke Bandar kami yang baharu! Dengan pelan perjalanan semua-dalam-satu yang baharu ini, anda boleh bergerak dari satu bandar ke satu bandar yang terkenal dan menarik di Thailand seperti Pai dan Sukhothai. Semua penerbangan dan pengangkutan darat anda digabungkan dalam satu pakej untuk memudahkan tempahan!

Baca lebih lanjut untuk mengetahui pelan pengangkutan mudah ini!

 

APA

Pengangkutan ke Bandar ialah pelan perjalanan baharu yang mudah untuk para tetamu menempah penerbangan dan pengangkutan darat ke bandar-bandar menarik di Thailand.

DI MANA

Dengan pilihan pelbagai lapangan terbang dan bandar-bandar yang menarik, kami memberi jaminan bahawa keselesaan anda adalah keutamaan kami semasa menyediakan khidmat pengangkutan ini.

Bandar
Chiang Khan Bangkok ► Loei Lapangan Terbang Loei ► Chiang Khan (Hotel Butik The Old Chiangkhan)
Pai Bangkok ► Chiang Mai Lapangan Terbang Chiang Mai ► Stesen Bas Pai
Sukhothai Bangkok ► Phitsanulok Lapangan Terbang Phitsanulok ► Sukhothai (Tharaburi Resort)
Mukdahan Bangkok ► Nakhon Phanom
Lapangan Terbang Nakhon Phanom ► Pasar Indochina - Riverfront Hotel
Kalasin Bangkok ► Khon Kaen Lapangan Terbang Khon Kaen ► Taman Kud Nam Kin (Café Frozen)
Mahasarakham Bangkok ► Khon Kaen Lapangan Terbang Khon Kaen ► Kompleks Sermthai (Pintu Masuk 3)
Roi Et Bangkok ► Khon Kaen Lapangan Terbang Khon Kaen ► Plaza Roi Et (Warung Kopi Chao Doi)
Khanom Bangkok ► Nakhon Si Thammarat Lapangan Terbang Nakhon Si Thammarat ► Khanom (Hotel Sri Khanom)
Khaolak Bangkok ► Krabi Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi ►Khaolak (Noi's Travel Centre)
Surin Bangkok ► Buri Ram Lapangan Terbang Buri Ram ► Surin (Taman Ilmu Chang)
Buri Ram - Pusat Bandar Bangkok ► Buri Ram Lapangan Terbang Buri Ram ► Buri Ram - Pusat Bandar (Best Western Royal Hotel)


Nota:
Pengangkutan darat merangkumi van atau minibas berhawa dingin - jenis ketersediaan pengangkutan darat adalah di atas budi bicara penyedia pihak ketiga. Tertakluk kepada terma dan syarat.

BAGAIMANA

Hanya tempah sepertimana anda menempah penerbangan anda; pilih bandar yang anda ingini dan semuanya akan digabungkan dalam satu pakej Khidmat Pengangkutan ke Bandar. Sebaik sahaja bayaran dibuat, anda akan dapat melihat bahagian tambahan yang mengandungi butiran pengangkutan anda.

Nota: Jadual perjalanan anda berserta butiran pengangkutan diperlukan untuk pengesahan sebelum anda menaiki setiap pengangkutan.

SIAPA

Pengangkutan darat disediakan oleh penyedia pihak ketiga seperti di bawah:

 

Lokasi Pengangkutan darat
Loei (Chiang Khan) Thai-Loei Farm Co., Ltd
Chiang Mai Prempracha Transport
Phitsanulok Sukhothai Celadon
Nakhon Phanom Nakhon Korat Co.,Ltd.
Khon Kaen Nakhon Korat Co.,Ltd.
Khon Kaen (Kalasin) Sahamit Co.,Ltd.
Khon Kaen (Mahasarakham) Nakhon Korat Co.,Ltd.
Khon Kaen (Roi Et) Nakhon Korat Co.,Ltd.
Nakhon Si Thammarat (Khanom) Raja Ferry
Krabi (Khaolak) Ao Nang Princess
Surin Nakhon Korat Co., Ltd.
Buri Ram - Pusat Bandar Nakhon Korat Co., Ltd.

 

SOALAN LAZIM

Ketahui lebih lanjut mengenai Pengangkutan ke Bandar di sini.