AirAsia menambah penerbangan sempena Tahun Baru Cina 2017

Penambahan 84 jumlah penerbangan untuk memenuhi permintaan perjalanan semasa musim perayaan

SEPANG, 20 DISEMBER 2016

AirAsia Berhad akan menambah 84 jumlah penerbangan bermula dari 25 Jan sehingga 1 Feb bersempena dengan musim perayaan Tahun Baru Cina 2017 untuk penerbangan domestik dan antarabangsa bagi memenuhi permintaan bagi perjalanan sepanjang musim perayaan yang akan datang.

Antara penerbangan yang telah ditambahkan ialah dari Kuala Lumpur ke Singapura, Penang, Sibu dan Tawau; terdapat juga penambahan penerbangan dari Penang ke Singapura, Kuching ke Singapura dan dari Johor Bahru ke Miri dan Sibu. Penambahan penerbangan ini dibuka untuk tempahan di www.airasia.com, aplikasi mudah alih AirAsia bagi iPhone dan Android, serta laman mudah alih mobile.airasia.com.

Ketua Komersial AirAsia Berhad, Spencer Lee berkata: “Kami amat menggalakkan semua tetamu kami untuk menempah penerbangan mereka awal untuk musim perayaan Tahun Baru Cina 2017 yang akan datang ini, dan kami amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami telahpun menambah kapasiti sejumlah 15,000 tempat duduk bermula dari 25 Jan sehingga 1 Feb untuk memenuhi permintaan yang mendadak tempoh perayaan ini. Sama ada ia adalah satu perjumpaan keluarga, atau percutian ke destinasi-destinasi tertentu, kami berharap agar penambahan jumlah penerbangan ini bersama dengan tambang rendah yang kami sentiasa tawarkan dapat memberi para tetamu suatu sambutan Tahun Baru Cina yang bermakna.”

Semasa musim perayaan dan perjalanan waktu kemuncak, para tetamu digalakkan untuk melakukan daftar masuk sendiri melalui laman web, aplikasi mudah alih atau kiosk daftar masuk; dan tiba dia lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu berlepas dengan pas perlepasan tersedia dicetak bagi perjalanan lancar di lapangan terbang. Bagi para tetamu yang akan mendaftar masuk bagasi, kaunter daftar masuk bagasi akan tutup 60 minit sebelum waktu perlepasan.

Kesemua tetamu digalakkan untuk pra-tempah peruntukan bagasi yang mencukupi untuk perjalananmereka dan juga pra tempah makanan pilihan mereka terlebih dahulu secara online dari Santan Menuuntuk penjimatan yang lebih besar dan untuk mengelakkan ketidakcukupan makanan tersedia bagi pembelian di dalam penerbangan. Tetamu boleh log masuk ke ‘Urus Tempahan Saya’ bagi menambah lebih banyak peruntukan bagasi melalui airasia.com sehingga 4 jam sebelum waktu perlepasan; atau pra tempah makanan mereka bermula dari RM10 termasuk minuman percuma sehingga 24 jam sebelum waktu pelepasan yang dijadualkan.

Untuk maklumat terkini bagi promosi dan aktiviti, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Tambahan Penerbangan dari 25 Jan sehingga 1 Feb 2017

 Sektor No. Penerbangan Tarikh
Kuala Lumpur - Singapore AK 9729 / AK 9721 26 – 27 Jan 2017
Singapore – Kuala Lumpur AK 9728 / AK 9721 26 – 27 Jan 2017
Kuching - Singapore AK 9581 30 – 31 Jan 2017
Singapore – Kuching AK 9580 26 – 27 Jan 2017
Penang – Singapore AK 9485 30 – 31 Jan 2017
Singapore – Penang AK 9486 26 – 27 Jan 2017
Kuala Lumpur – Tawau AK 9192 25 – 27 Jan and
30 Jan – 1 Feb 2017
Tawau – Kuala Lumpur AK 9193 25 – 27 Jan and
30 Jan – 1 Feb 2017
Johor Bahru – Miri AK 9030 26 Jan and 31 Jan 2017
Miri – Johor Bahru AK 9031 26 Jan and 31 Jan 2017
Johor Bahru – Sibu AK 9164 25 – 27 Jan and
29 – 31 Jan 2017
Sibu – Johor Bahru AK 9165 25 – 27 Jan and
29 – 31 Jan 2017
Kuala Lumpur – Penang AK 9112 / AK 9116 / AK 9942 25 – 27 Jan and
30 Jan to 1 Feb 2017
Penang – Kuala Lumpur AK 9113 / AK 9117 / AK 9943 25 – 27 Jan and
30 Jan to 1 Feb 2017
Kuala Lumpur – Sibu   AK 9242 25 – 27 Jan and
30 Jan to 1 Feb 2017
Sibu – Kuala Lumpur AK 9243 25 – 27 Jan and
30 Jan to 1 Feb 2017