AirAsia & AirAsia X menawarkan pelan percutian hebat untuk semua tetamu!

Tambang termasuk semua dari serendah RM39 * sehala sedia untuk ditempah dari 18 hingga 24 April 2016

SEPANG, 17 APRIL 2016

getawayplan-myms

Dapatkan pelan percutian terbaik AirAsia melalui promosi khas selama seminggu dengan tambang termasuk semua dari serendah RM39* ke destinasi domestik yang menarik seperti Pulau Pinang, Johor Bahru, Alor Setar, Terengganu dan Kota Bharu; atau dari tambang serendah RM99 * ke destinasi antarabangsa seperti Siem Reap, Pattaya dan sebagainya

Semua kini boleh membuat pelan percutian mereka ke lebih 100 destinasi merentasi 22 negara di Asia dan Australasia dari 18 ke 24 April 2016 melalui airasia.com pada harga tambang rendah yang hebat. Tempoh perjalanan untuk promosi ini adalah dari 1 Oktober 2016 hingga 22 Mei 2017, juga boleh didapat melalui AirAsia mobile app iPhone dan Android, serta tapak mudah alih mobile.airasia.com.

Spencer Lee, Ketua Komersil AirAsia Berhad berkata, “Banyak telah diperkatakan mengenai pelan terbaik di pasaran, dan kami di AirAsia ingin menyediakan pelan percutian yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Dengan ke lebih 100 destinasi merentasi 22 negara serta tambang promosi seperti yang ditawarkan sepanjang kempen satu minggu ini, kami yakin orang ramai akan dapat menikmati pelan percutian yang terbaik”.

Terbang lebih jauh dari Kuala Lumpur ke destinasi seperti Shantou dari hanya RM189* sehala; Goa dari hanya RM259* sehala; Xi'An dari hanya RM249* sehala; Osaka dari RM379* sehala manakala ke destinasi yang baru dilancarkan Auckland, dari RM599* sehala.

Sepanjang promosi selama seminggu ini, ahli-ahli AirAsia BIG boleh mendapatkan dua kali mata ganjaran BIG semasa menempah tempat duduk promosi melalui airasia.com.

Tetamu juga boleh menikmati pilihan servis penerbangan sambungan (Fly-Thru) untuk menyambung penerbangan melalui mana-mana hab transit AirAsia dengan bagasi yang didaftar masuk terus ke destinasi akhir tanpa perlu melalui imigresen di hab transit. Dengan pilihan perkhidmatan ini, perjalanan tetamu akan berjalan lebih lancar di antara semua bandar-bandar Asia dan Australia, seperti dari Pulau Pinang ke Sydney melalui Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Tambang termasuk semua yang disebut adalah bagi penerbangan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.