Makluman Penerbangan: Penjadualan semula waktu berlepas bagi penerbangan AirAsia dan AirAsia X antara 11.00 PAGI - 11.59 PAGI dan 2.00 PETANG - 2.59 PETANG (GMT+8) dari 26 - 29 September

SEPANG, 24 September 2016

Beberapa penerbangan AirAsia dan AirAsia X yang berlepas dari Kuala Lumpur dari 26 - 29 September 2016 akan dijadualkan semula disebabkan oleh penutupan ruang udara bagi kaji selidik udara oleh pihak berkuasa.

Semua penerbangan yang berlepas dari Kuala Lumpur melalui klia2 antara 11.00 PAGI - 11.59 PAGI dan dari 2.00 PETANG - 2.59 PETANG (GMT+8) dari 26 - 29 September akan dijadualkan semula untuk penerbangan lebih awal atau kemudian bagi penutupan ruang udara.

AirAsia dan AirAsia X telah memaklumkan semua tetamu yang terjejas melalui e-mel dan SMS dan menggalakkan penumpang yang membuat perjalanan antara tarikh dan masa yang dinyatakan untuk memeriksa e-mel dan telefon bimbit mereka bagi pemberitahuan penjadualan semula.

Tetamu juga boleh melayari www.airasia.com dan memeriksa waktu penerbangan mereka sebelum ke lapangan terbang.

Semua tetamu digalakkan untuk melakukan daftar masuk sendiri melalui laman web atau telefon bimbit dan mencetak pas masuk mereka sebelum ke klia2 untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar. Tidak hanya itu, tetamu juga akan mendapat 100 BIG Points.

Perkhidmatan daftar masuk web dan telefon bimbit tersedia 14 hari dan hingga 1 jam sebelum waktu berlepas untuk semua penerbangan AirAsia dan hingga 4 jam sebelum waktu berlepas untuk semua penerbangan AirAsia X.