AirAsia dan Kerajaan Negeri Terengganu bekerjasama untuk meningkatkan ketibaan pelancong ke Terengganu

17 MEI 2017, KUALA TERENGGANU

airasia-hosts-the-first-ever-santan-food-festival

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia dan Kerajaan Negeri Terengganu telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) di mana kedua-dua pihak bekerjasama untuk mempromosikan pelancongan tempatan di Terengganu.

Majlis menandatangani perjanjian telah diadakan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman diantara Yang Berbahagia Dato 'Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Menteri Besar Terengganu, dan Dato’ Aziz Bakar, Ahli Lembaga Pengarah AirAsia Berhad.

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Menteri Besar Terengganu, berkata, “Terengganu kini sedia untuk dikenali sebagai negeri pelancongan yang cekap melalui laluan udara dan darat, dengan perkhidmatan baik, infrastruktur moden, khanazah alam semula jadi, budaya dan warisan. Perkenalan laluan terus baharu dari Johor Bahru ke Kuala Terengganu pasti akan meningkatkan jumlah ketibaan pelancong ke Terengganu.”

Dato’ Aziz Bakar, Ahli Lembaga Pengarah AirAsia Berhad berkata, "Bersempena dengan kempen ‘Visit Beautiful Terengganu 2017’, kami teruja untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Terengganu dalam mempamerkan keunikan dan keindahan destinasi pelancongan di Negeri Terengganu melalui rangkaian luas AirAsia. Melalui produk Fly-Thru AirAsia, pelancong dari Asia dan jauh lagi dapat menyambung penerbangan dengan lancar ke Terengganu melalui hab utama di Kuala Lumpur. Para tetamu juga akan dapat terbang terus dari Johor Bahru ke Terengganu dengan perkenalan laluan baharu ini yang dijangka bermula pada 22 Jun 2017.”

“Selain pantai dan pulau, Negeri Terengganu juga dikenali dengan tarikan makanan tradisional, tapak bersejarah dan tarikan seni dan budaya. Dengan kolaborasi ini, kami akan mengutamakan usaha pemasaran dalam mempromosikan Terengganu sebagai destinasi mesti dikunjungi di Malaysia. Kami yakin ini akan menyumbang dalam merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri mencapai sejumlah 5.5 juta pelancong tahun ini.”

AirAsia kini terbang dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dengan kekerapan 28 kali penerbangan seminggu dan akan datang, penerbangan dari Kuala Terengganu ke Johor Bahru dengan kekerapan 3 kali penerbangan seminggu. Pada tahun 2016 AirAsia telah menerbangkan lebih daripada 420,000 pelancong ke Terengganu, dimana majoriti pelancong tersebut berasal dari Malaysia, China dan Indonesia.

Dapatkan maklumat terkini berkenaan aktiviti, berita, dan promosi melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) danFacebook (facebook.com/AirAsia).