AirAsia melantik Kathleen Tan sebagai Presiden Rantau Asia Utara

SEPANG, 13 JUN 2016

2016-06-13

AirAsia hari ini mengumumkan perlantikan Kathleen Tan sebagai Presiden rantau Asia Utara.

Beliau akan bertanggungjawab untuk meningkatkan pasaran AirAsia di China, Hong Kong, Macau, Jepun, Korea dan Taiwan.

Tan kembali ke AirAsia selepas tamat perkhidmatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif AirAsiaExpedia di mana beliau berjaya memulihkan usahasama yang sebelum ini mengalami kerugian, dalam tempoh hanya lapan bulan dan telah berjaya menghasilkan keuntungan bersih sebanyak S$ 20 juta pada tahun kedua beliau bersama syarikat tersebut.

Seorang pemimpin perniagaan yang dinamik, berani dan mengisytiharkan diri sebagai "disruptor", Tan menjana pertumbuhan pesat terutamanya dalam pasaran utama seperti Jepun, Korea, Hong Kong dan Taiwan, mewujudkan AirAsiaExpedia sebagai peneraju utama di Asia Utara.

Di bawah bimbingan beliau, AirAsiaExpedia memenangi pelbagai anugerah di rantau ini, termasuk Anugerah Laman Web Agensi Pelancongan Dalam Talian Terbaik Asia Pasifik oleh TravelMole serta Kempen Terbaik Untuk Tablet di Hong Kong, anugerah emas untuk Aplikasi Tablet Expedia, gangsa untuk Penggunaan Terbaik Platform Sosial Expedia Singapura dan Aplikasi/Kandungan Terbaik AirAsiaGo dari Mobile Marketing Excellence (Mob-Ex).

Sebelum meninggalkan AirAsia untuk ke AirAsiaExpedia, Tan adalah Ketua Komersil serantau dan Naib Presiden China di AirAsia dari tahun 2004 hingga 2013, dan dikenali secara meluas kerana menjadikan AirAsia sebagai satu jenama global dan kewangan yang berjaya.

Semasa beliau bersama AirAsia, jumlah pesawat meningkat dari 17 kepada 143, hasil pendapatan melonjak 14 kali ganda ke lebih RM5 bilion dan AirAsia mendapat Anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia Skytrax yang pertama.

Terkenal dengan pemikiran ‘out-of-the-box’, Tan mengenengahkan inovasi di AirAsia serta pelbagai produk bahagian sampingan dan rakan kongsi, dan menjadikan jenama AirAsia sinonim dengan keseronokan (fun). Beliau mempelopori promosi tempat duduk percuma AirAsia dengan memberikan diskaun satu juta tempat duduk pada tahun 2005.

Tan juga menerajui strategi media sosial dan pembangunan pelbagai laman sosial AirAsia melalui Facebook, Twitter dan lain-lain platform di seluruh rantau Asia Pasifik.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes berkata, "Kathleen merupakan orang pertama yang melihat potensi besar di China apabila tiada syarikat penerbangan tambang rendah beroperasi ke negara tersebut. Dia memastikan kami adalah syarikat penerbangan tambang rendah pertama untuk terbang ke China dan membina satu rangkaian yang kuat daripada 14 hab di sana.

"Hari ini, China menyumbang hampir 40 peratus dari pendapatan kami tetapi terdapat masih banyak yang perlu dilakukan di Asia Utara. Ia merupakan pasaran jarak jauh yang penting yang akan membawa pada kepentingan yang lebih besar sebaik sahaja AirAsia Japan dilancarkan, dan bagi saya Kathleen merupakan orang yang paling sesuai untuk memacu perniagaan kami disana."

Presiden Asia Utara AirAsia Kathleen Tanberkata, "setelah berehat selama setahun, saya kini telah bersedia dari segi mental dan fizikal dan amat teruja dapat bekerjasama dengan Tony sekali lagi.

"Asia Utara dekat di hati saya dan saya tidak sabar untuk mempertingkatkan AirAsia di sana dengan lebih jauh. Apa yang telah kami capai di China adalah hanya sebahagian kecil sahaja. Terdapat banyak lagi yang boleh kami lakukan untuk meletakkan AirAsia sebagai syarikat penerbangan tambang murah bagi rantau ini dan saya tidak akan berehat sehingga semua mengenali nama kami."