AirAsia tawar Kempen Tempat Duduk Percuma terbesar!

SEPANG, 10 SEPTEMBER 2017

AirAsia kembali menawarkan Kempen Tempat Duduk Percuma dengan tempat duduk promosi paling banyak.

Kini sehingga 5 juta tempat duduk promosi ditawarkan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari 11 September 2017 (0001h GMT +8) sehingga 17 September 2017 (2400 GMT +8) untuk tempoh perjalanan dari 1 Mac 2018 sehingga 21 November 2018.

Nikmati tambang promosidari serendah RM0*ke pelbagai destinasi seperti dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Johor Bahru, Brunei, Lombok, Shantou, Kolkata, Phnom Penh, Pattaya, Davao dan banyak lagi melalui penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK), dan tambangdari RM199* dari Kuala Lumpur ke Taipei, Shanghai, Sydney dan lain-lain melalui penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7). Para tetamu yang terbang dengan AirAsia X juga boleh menikmati tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerahdari RM699*untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perth, Seoul, Osaka, Taipei dan destinasi-destinasi lain.

Ahli AirAsia BIG pula akan menikmati akses lebih awal untuk promosi ini dan boleh membuat tempahan di airasia.com atau menebus penerbangan bermula dari 0 Mata Ganjaran BIG, eksklusif melalui aplikasi mudah alih BIG dari 10 September 2017 (0001h GMT +8). Pendaftaran keahlian adalah percuma di airasia.com, airasiabig.com tau aplikasi mudah alih BIG untuk menebus penerbangan semasa promosi ini.

Rakan niaga lain juga boleh mengakses promosi ini 24 jam lebih awal. Pemegang BIG Prepaid MasterCard akan menikmati diskaun sebanyak RM2 untuk pra-tempah hidangan dan bagasi, manakala pemegang akaun Citibank dengan Kad Kredit AirAsia-Citi akan menerima Hidangan Kombo Thai Green Curry percuma, terhad kepada 5,000 tetamu bagi penerbangan AirAsia (AK).

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh berkata, “AirAsia akan terus menambah penerbangan ke lebih banyak destinasi, untuk menjadikan perjalanan lebih mudah. Jadi, kami berbesar hati untuk menawarkan sehingga lima juta tempat duduk promosi menerusi kempen Tempat Duduk Percuma terbesar supaya para tetamu kami dapat mengambil peluang ini untuk menerokai pelbagai destinasi baharu yang menarik.”

Para tetamu juga boleh menikmati penerbangan penuh faedah dengan menempah Pek Nilai yang kini disertakan dengan insurans perjalanan. Pek tersebut disertakan dengan 20kg bagasi berdaftar, hidangan percuma, pilihan tempat duduk biasa, serta insurans perlindungan perjalanan yang merangkumi Jaminan 1 Jam Tepat Masa dan Kelewatan Bagasi**.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Tambang asas untuk perjalanan sehala tidak termasuk cukai dan yuran. Tertakluk kepada terma dan syarat.

**Perlindungan Perjalanan Tune - AirAsia boleh didapati dengan rakan insurans tempatan bergantung kepada negara pelepasan pertama anda. Insurans perjalanan ini hanya boleh didapati untuk penerbangan terpilih, merangkumi Jaminan 1 Jam Tepat Masa dan perlindungan Kelewatan Bagasi.