Akademi Badminton AirAsia umumkan dua ketua jurulatih baru

KUALA LUMPUR, 4 MEI 2016


AirAsia Badminton Academy announces new head coaches Rashid Sidek (4th from left) and Rosman Razak (3rd from left) as well as new player Tommy Sugiarto (4th from right) through a collaboration with Sports Affairs at a press conference held in KL today, attended by Renuka Kunathevan (2nd from right), Regional Head of Corporate Culture for AirAsia Berhad, Jason Lim Tiat Long [林哲朗](2nd from left), President of the AirAsia Badminton Academy and Raezal Hussein (3rd from right), Managing Director of Sports Affairs.
  • Rashid Sidek dan Rosman Razak dilantik ketua jurulatih perseorangan dan beregu dalam usahasama dengan Akademi Sports Affairs
  • Tommy Sugiarto, pemain no.9 dunia perseorangan lelaki dan juga pemain terbaru Akademi Badminton AirAsia yang layak ke Sukan Olimpik 2016 Rio bakal dilatih oleh ketua jurulatih yang baru dilantik

Lagenda badminton negara Rashid Sidek dan Rosman Razak akan menjadi Ketua Jurulatih baru Akademi Badminton AirAsia melalui usahasama bersama Akademi Sports Affairs.

Akademi Badminton AirAsia telah melatih lebih daripada 250 pemain sejak ia ditubuhkan pada 2012. Tommy Sugiarto yang kini di tangga ke-9 ranking Persekutuan Badminton Dunia yang juga telah layak untuk Olimpik 2016 Rio; serta Arif Latif, pemenang Pingat Perak Sukan SEA baru-baru ini bagi acara perseorangan badminton, menyertai barisan pemain Akademi Badminton AirAsia yang akan dilatih oleh jurulatih-jurulatih berpengalaman ini.

Renuka Kunathevan, Ketua Budaya Korporat AirAsia Berhad berkata, "Kami berbesar hati mendapat khidmat legenda negara seperti Rashid Sidek dan Rosman Razak untuk melatih pemain Akademi Badminton AirAsia, yang telah melahirkan ramai pemain berkualiti untuk negara. Kami teruja untuk melihat perkembangan dan kemajuan Akademi Badminton AirAsia di bawah bimbingan dua legenda badminton dunia melalui usahasama dengan Akademi Sports Affairs."

Mengulas mengenai usahasama ini, Raezal Hussein, Pengarah Urusan Sports Affair berkata, "Kami bangga bergabung tenaga dengan Akademi Badminton AirAsia untuk memberi bimbingan profesional untuk pasukan mereka yang terdiri daripada pemain junior dan elit untuk menghasilkan bakal pemain nombor satu dunia dari Malaysia. Badminton adalah sukan yang disukai rakyat Malaysia dan usahasama ini boleh menjadi pemangkin untuk melonjakkan ahli badminton profesional tempatan ke tahap yang seterusnya."

Akademi Badminton AirAsia kerap menganjurkan klinik khas badminton untuk orang ramai juga bagi kakitangan AirAsia. Di samping mengasah kemahiran badminton, klinik yang diadakan juga dilihat sebagai landasan untuk mengesan dan mengenal pasti bakat-bakat baru untuk dilatih dan dipupuk di bawah Akademi. Baru-baru ini Akademi telah pun berkembang ke negeri Perlis, di mana pusat latihan tempatan diketuai oleh pemain negeri Zukefle Mohd Nor dan bekas pemain kebangsaan A'Amar Hashim.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter(twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).