AirAsia rangkul anugerah emas di Anugerah ASTRID

SEPANG, 8 JUN 2016

AirAsia brings home Gold from ASTRID Awards

AirAsia Berhad merangkul Anugerah Emas bagi Laporan Tahunan Korporat – kategori bukan tradisional di Anugerah ASTRID baru-baru ini. Anugerah yang dimenangi adalah untuk kecemerlangan laporan dan kreativiti untuk laporan tahunan 2014 yang bertemakan 'The Asean Airline'.

Laporan Tahunan 2014 bagi AirAsia X Berhad turut menerima pengiktirafan untuk laporan tahunannya yang bertemakan ‘Awesome Team, Amazing Destinations’ dan berjaya merangkul Anugerah gangsa dalam kategori yang sama.

Anugerah ASTRID yang berasas dari New York ditubuhkan untuk mengiktiraf kualiti cemerlang dalam kreativiti, inovasi, pembikinan dan keaslian rekabentuk. Anugerah berprestij ini telah menerima hampir 550 penyertaan dari seluruh dunia pada tahun ini dimana kesemuanya bersaing untuk tempat pengiktirafan teratas dalam 25 kategori yang dipertandingkan.

Elina Effendi, Ketua Perhubungan Pelabur AirAsia BerhadE berkata, "Sebagai syarikat penerbangan tambang murah terkemuka di rantau ini dan juga sebuah syarikat yang tersenarai di pasaran saham di Bursa Malaysia, Laporan Tahunan adalah salah satu medium komunikasi yang sangat penting dengan pemegang saham kami. Kami berbesar hati pengiktirafan berprestij yang diberikan untuk Laporan Tahunan 2014."

"Selain itu, kami berharap bahawa para pemegang saham kami gembira dengan kualiti laporan tahunan 2015 yang baru diterbitkan. Ianya juga boleh dimuat turun dari laman web airasia.com dan juga melalui aplikasi mudah alih hubungan pelabur AirAsia di Google Play store dan Apple App Store untuk bacaan mereka. Kami akan terus mencari jalan inovatif untuk menghasilkan laporan tahunan berkualiti tinggi untuk memastikan komunikasi yang berkesan dan konsisten dengan semua pihak," tambah Elina.

Semua penyertaan diadili oleh sebuah panel profesional antarabangsa berdasarkan konsep kreativiti, kejelasan dan pengeluaran berkualiti. Setiap penyertaan dinilai sebanyak tiga kali secara berasingan dalam pusingan awal, di mana sebanyak tiga set skor purata dinilai menjadi markah yang tunggal bagi penyertaan individu. Hanya satu anugerah Emas, Perak, Gangsa, dan Anugerah Kepujian diberikan dalam setiap klasifikasi selepas proses penghakiman.

Novafusion merupakan agensi kreatif dari Malaysia yang dilantik oleh AirAsia Berhad dan AirAsia X Berhad untuk pelaksanaan kreatif dan penerbitan kedua-dua laporan tahunan syarikat penerbangan tersebut.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).