AirAsia meraikan penerbangan sulung dari Pulau Pinang ke Yangon

BAYAN LEPAS, 22 MAC 2016

Penang-to-Yangon
  • Penerbangan terus 3 kali seminggu antara Pulau Pinang dan Yangon merupakan destinasi antarabangsa ketujuh syarikat penerbangan itu melalui hab utara
  • Promosi tambang termasuk semua bermula dari RM119* sehala

AirAsia kini menawarkan penerbangan ke tujuh destinasi antarabangsa melalui hab utara di Pulau Pinang dengan bermulanya penerbangan sulung ke Yangon, Myanmar yang berlepas hari ini pada pukul 12 tengah hari.

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang untuk meraikan majlis pelepasan pesawat sebelum menyertai penerbangan ke Yangon. Sejurus tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, penerbangan AK1508 disambut dengan pancutan air diikuti dengan majlis sambutan ketibaan penerbangan sulung ini.

AirAsia merupakan satu-satunya penerbangan yang menawarkan laluan Pulau Pinang ke Yangon dengan penerbangan tiga kali seminggu pada setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu.

Bagi meraikan penerbangan sulung ini, AirAsia menawarkan promosi tambang termasuk semua dari serendah RM119 sehala. Tempah di airasia.com mulai hari ini sehingga 27 Mac 2016 untuk tempoh perjalanan dari 22 Mac hingga 24 November 2016. Aplikasi mudah alih AirAsia bagi iPhone dan Android juga menawarkan satu lagi alternatif dan cara mudah untuk menempah penerbangan promosi ini, termasuk laman web mudah alih mobile.airasia.com.

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “Kurang dua bulan lalu AirAsia meraikan penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Bandar Ho Chi Minh, Vietnam dan hari ini kami amat gembira untuk melancarkan penerbangan ke Yangon. Ini membuktikan komitmen kami untuk terus mengembangkan Pulau Pinang sebagai hab utara kami. Kami yakin bahawa Pulau Pinang akan menjadi destinasi pilihan ramai dengan adanya laluan baru ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dan Penang Global Tourism atas sokongan yang diberikan kepada AirAsia dalam merealisasikan pelancaran laluan ini.”

Pelancong yang gemar akan pengembaraan yang unik akan teruja untuk meneroka Yangon. Dahulunya ibu negara Myanmar, Yangon menawarkan tetamu sekilas ke masa lalu kepada bandar campuran penjajahan British, Burma, Cina dan pengaruh India. Tarikan utama di bandar ini iaitu Pagoda Shwedagonseharusnya dilawati dua kali; sekali pada waktu subuh apabila sami berjubah merah dapat dilihat melakukan doa dan meditasi, manakala stupa yang diselaputi permata menerangi latar langit bandar pada waktu senja. Yangon juga merupakan pintu masuk ke banyak daya tarikan bandar terkenal seperti belon udara panas di Bagan, pantai sawit dengan lautan yang biru Teluk Bengal di Ngapali ke taman terapung yang terkenal dan kampung-kampung di Inle Lake.

Selain daripada Pulau Pinang, AirAsia juga mempunyai penerbangan terus ke Yangon dua kali sehari dari Kuala Lumpur dan empat kali sehari dari Bangkok.

Terus kemas kini bersama promosi dan aktiviti terkini AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) and Facebook (facebook.com/AirAsia).

Jadual Penerbangan bagi Pulau Pinang, Malaysia (PEN) – Yangon, Myanmar (RGN)

No Penerbangan Dari Ke Berlepas Ketibaan
Kekerapan
AK 1508 PEN RGN 1200hrs 1245hrs
Selasa, Khamis, Sabtu
AK 1509 RGN PEN 1310hrs 1700hrs
Selasa, Khamis, Sabtu
Note: Semua masa yang dipapar adalah masa tempatan di destinasi masing-masing.


*Tambang termasuk semua yang disebut adalah bagi penerbangan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.