AirAsia lancar penerbangan terus ke Shantou, China

SEPANG, 17 FEBRUARI 2016

Guangji-Bridge-China
  • Tambang termasuk semua dari serendah RM88* sehala sedia untuk tempahan dari 17 hingga 22 Februari 2016
  • Laluan eksklusif ke-14 dari Malaysia ke China
AirAsia melancarkan penerbangan terus empat kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Shantou, China. Laluan baru ini dibuka untuk tempahan mulai hari ini dengan promosi tambang termasuk semua dari RM88* sehala.

Laluan ini merupakan laluan eksklusif yang ke 14 bagi kumpulan syarikat penerbangan itu ke China dari Malaysia, dan penerbangan akan mula beroperasi pada 25 Mac 2016. Laluan ini dikendalikan oleh AirAsia Berhad (kod penerbangan AK) menggunakan Airbus A320 dengan 180 kapasiti tempat duduk.

Promosi tambang termasuk semua serendah RM88* sehala boleh didapati untuk tempahan secara online di airasia.com, dan juga melalui aplikasi AirAsia bagi iPhone dan Android bermula sekarang hingga 22 Februari 2016. Tempoh perjalanan bagi promosi ini adalah dari 25 Mac 2016 hingga 5 Februari 2017.


No Penerbangan Dari Ke Berlepas Ketibaan Kekerapan
AK 142 Kuala Lumpur (KUL) Shantou (SWA) 1050 hrs 1510 hrs Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad
AK 143 Shantou (SWA) Kuala Lumpur (KUL) 1555 hrs 2035 hrs Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad

Note: Semua masa yang dipapar adalah masa tempatan di destinasi masing-masing.

Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhadberkata, “Kami amat gembira untuk menambah Shantou ke dalam senarai destinasi kami ke negara China. Terdapat permintaan yang tinggi bagi laluan ini, dan kami berasa gembira untuk melancarkan penerbangan terus 4 kali seminggu ini. Kami positif bahawa laluan ini akan terus meningkatkan jumlah ketibaan pelancong China ke Malaysia, terutamanya dengan pengumuman kerajaan baru-baru ini untuk memudahkan permohonan visa untuk warga China ke negara ini.”

Terletak di pantai timur wilayah Guangdong, Shantou adalah salah satu kampung halaman utama masyarakat Cina yang tinggal di luar negara. Pinggiran pantai dan iklim subtropika marin yang tenang memberikan bandar ini banyak tempat pelancongan yang menarik. Pulau Nan Ao, Teluk Qing Ao, Puncak Lotus, Queshi Scenic Spot, bekas kediaman Chen CiHong, Menara simbolik Tropic of Cancer, Taman Zhongshan dan Rainbow Shadows secara kolektif dikenali sebagai lapan tempat menarik di Shantou yang tidak boleh dilepaskan.

Gunung, pantai, dan pulau-pulau yang indah, sehaluan dengan pemandangan yang menenangkan mengelilingi pelabuhan, membentuk persekitaran yang menakjubkan sekaligus menarik minat mereka yang ingin meluangkan masa percutian luar dari kehidupan bandar.

Terus kemas kini bersama promosi dan aktiviti terkini AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Tambang termasuk semua yang disebut adalah bagi penerbangan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.