AirAsia Terus Menyokong Perjuangan Malaysia Memerangi Kanser

#AirAsiaMAKNA 2016 Carnival & Concert” bertujuan untuk meningkatan penyertaan umum dan kesedaran terhadap penyakit kanser

KUALA LUMPUR, 14 OKTOBER 2016

AirAsia Berhad terus memperlihatkan komitmennya dalam menyokong perjuangan memerangi kanser di Malaysia dengan penganjuran “#AirAsiaMAKNA 2016 Carnival & Concert” pada hari Ahad, 30 Oktober 2016 ini, di Avenue K Shopping Mall, Kuala Lumpur, dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Ini merupakan salah satu platform yang akan digunakan untuk meningkatkan sokongan dan kesedaran orang ramai terhadap perjuangan menentang kanser.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang karnival tersebut termasuk pemeriksaan kesihatan secara percuma, ceramah kesihatan, tawaran istimewa oleh penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan, pengagihan sampel dan penjualan makanan organik, paparan maklumat tentang kanser, penyampaian cek kepada MAKNA dan paling menarik, persembahan oleh penyanyi-penyanyi terkenal Malaysia seperti Dato Siti Nurhaliza, Joe Flizzow, Sona One, Kaka Azraff dan ramai lagi.

AirAsia, bersama dengan Majlis Kanser Nasional (MAKNA), mengalu-alukan dan menggalakkan orang ramai untuk datang dan memberi sokongan kepada acara yang bermakna ini. Kemasukan adalah percuma untuk semua.

Kempen #AirAsiaMAKNA ini telah dimulakan pada 2015 sebagai satu tanggungjawab sosial korporat jangka panjang bersama Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA). Objektif utama kempen ini adalah untuk membantu MAKNA mengumpul dana untuk pesakit kanser dan mendidik rakyat Malaysia tentang risiko penyakit kanser menerusi pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Tahun ini merupakan tahun kedua berturut-turut kempen ini dianjurkan.

“#AirAsiaMAKNA 2016 Carnival & Concert” merupakan acara kemuncak kempen #AirAsiaMAKNA tahun ini, menyusuli kejayaan usaha mengumpul dana selama sebulan di mana AirAsia memberi sumbangan 10 sen dari setiap tempahan penerbangan yang dibuat melalui www.airasia.com dari 15 Ogos hingga 16 September 2016 sebagai derma kepada MAKNA. Selain itu, AirAsia juga menyokong ekspedisi “Klimb Kinabalu 2016” MAKNA pada bulan Ogos tahun ini, disertai oleh 13 pendaki termasuk empat AirAsia Allstars (kakitangan AirAsia) yang mendaki Gunung Kinabal hingga ke puncak dalam usaha mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran terhadap kanser.

Kempen #AirAsiaMAKNA telah mengumpul dana hampir RM200,000 untuk sumbangan kepada MAKNA pada tahun lepas, dan hasil kutipan dan sumbangan tahun ini akan diumumkan semasa karnival.

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, berkata, “AirAsia amat berbesar hati dapat menggunakan jenama kami untuk menyokong usaha penting yang dilakukan oleh MAKNA dalam memberikan perkhidmatan pengubatan, pencegahan, penyelidikan dan sokongan kepada pesakit kanser yang kurang berkemampuan termasuk untuk keluarga pesakit-pesakit ini di Malaysia.”

“Malangnya, kanser adalah salah satu penyakit yang paling meluas dan telah menjejaskan berjutajuta orang di seluruh dunia. Hampir setiap orang pasti mengenali seseorang yang menghidap penyakit ini, sama ada saudara mara, sahabat handai atau rakan sekerja. Bagi pesakit kanser dan keluarga mereka, perjuangan dalam menentang dan mengatasi penyakit ini merupakan satumat lamat paling penting, dan bagi mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi, memperolehi segala pengetahuan dan bimbingan tentang cara-cara mencegah penyakit ini adalah sangat penting.”

Untuk maklumat lanjut dan mengetahui cara untuk membantu usaha MAKNA, sila kunjungi laman web www.makna.org.my.