AirAsia Memeterai Perjanjian bersama AFI KLM E&M bagi Sokongan Komponen Pesawat A320neo

PARIS, AMSTELVEEN, SEPANG, 8 DECEMBER 2016

AirAsia dan Air France Industries KLM Engineering & Maintenance (AFI KLM E&M) telah memeterai perjanjian sokongan komponen untuk 304 pesawat A320neo pada hari ini. Kumpulan AirAsia telah menerima hantaran kapal terbang A320neo sulungnya pada 7 September yang lalu di Hamburg, Germany.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes dan Ketua Pegawai Eksekutif Air France, Franck Terner telah menandatangani perjanjian itu dan kontrak itu meliputi aspek perkhidmatan membaik pulih komponen dan penyelesaian yang direka khas untuk memberikan impak maksima untuk perihal sedia ada pesawat, seperti peruntukan kit asas utama tempatan di pangkalan AirAsia yang bertempat di Kuala Lumpur.

Penyelesaian khusus untuk pelanggan ternama
Dalam mendapatkan kepercayaan AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar dunia berdasarkan jumlah penumpang yang dibawa dan jumlah kapal terbang, AFI KLM E&M telah menawarkan perkhidmatan sokongan kompetitif yang direka khas untuk memenuhi kehendak AirAsia. Dengan pengalaman dalam sokongan kukuh, sama ada untuk syarikat induknya atau pelanggan syarikat penerbangan pihak ketiga, AFI KLM E&M berupaya untuk menawarkan penyelesaian penyelenggaraan bagi pesawat-pesawat besar yang beroperasi dibawah Kumpulan AirAsia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes berkata, “Kami amat gembira dapat berganding bersama AFI KLM E&M yang merupakan kumpulan yang kukuh dan dinamik seperti kami. Pengendalian pesawat generasi baru pada skala yang besar memerlukan penyesuaian, sokongan bertaraf dunia, dan kami mempunyai keyakinan penuh bahawa AFI KLM E&M berupaya untuk memberikan apa yang kami perlukan.”

Kualiti yang terbukti
AirAsia telah mendapat peluang untuk menguji keberkesanan penyelesaian MRO oleh AFI KLM E&M, dimana pada masa ini telah memberi sokongan komponen kepada pesawat A330 yang dioperasi oleh AirAsia X. Setakat ini, syarikat penerbangan tersebut amat berpuas hati dengan kontrak sokongan yang sedia ada dimana perjanjian pertama yang ditandatangani pada 2009 telahpun dilanjutkan pada 2013.

Ketua Eksekutif Air France, Franck Terner berkata: “Kami amat berbangga dengan kepercayaan yang telah diberi oleh AirAsia kepada AFI KLM E&M untuk memberi sokongan kepada pesawat terbarunya A320neo. Saya pasti dengan adanya Anne Brachet, AirAsia telah menemui rakan kongsi yang tiada bandingan dan boleh dipercayai dalam masa yang akan datang”.

EVP Air France Industries KLM Engineering & Maintenance, Anne Brachet berkata: “Kontrak ini menambahkan lagi bukti kualiti dan reputasi akan servis penyelenggaraan kapal terbang yang kami tawarkan. Dengan penerusan kerjasama yang sedia ada bersama AirAsia X, kami amat berbangga untuk mengalu-alukan syarikat penerbangan induknya, AirAsia dalam portfolio pelanggan kami dan kami akan berusaha keras untuk menggiatkan lagi hubungan rakan kongsi ini yang penuh dengan kepercayaan seperti hubungan kami bersama AirAsia X”.