SEPANG, 8 JUN 2017
AirAsia dan jenama hijab terkemuka, Naelofar Hijab telah bekerjasama untuk
melancarkan hijab yang direka secara eksklusif untuk dipakai oleh juruterbang wanita yang berhijab dalam
syarikat penerbangan itu.
Mulai bulan Jun 2017, juruterbang wanita AirAsia dan AirAsia X yang berhijab akan mengenakan Naelofar
Hijab berwarna putih yang direka khas untuk pekerjaan mereka.
Rudy Khaw, Ketua Bahagian Penjenamaan AirAsia berkata, “Buat julung kalinya, AirAsia
berkerjasama dengan pereka hijab untuk menghasilkan hijab bagi para juruterbang wanita kami. Kami
gembira dapat bekerjasama dengan Naelofar Hijab untuk menghasilkan rekaan yang melengkapi gaya
juruterbang wanita yang berhijab, di samping memberikan keselesaan dalam menjalankan tugas mereka.
Kini, kami juga merancang untuk bekerjasama dengan Naelofar Hijab untuk memberikan nafas baharu
kepada rekaan hijab untuk semua pekerja lain.”
Neelofa, Pengasas Naelofar Hijab pula berkata, ”Kami teruja untuk bekerjasama dengan AirAsia bagi
mereka semula hijab untuk para juruterbang wanita mereka. Kesempatan untuk menghasilkan rekaan
baharu hijab tersebut adalah sangat menarik dan memberi kami peluang untuk mencipta hijab yang selesa,
praktikal, dan bergaya. Kerjasama bersama AirAsia dan para juruterbang wanita mereka dalam dalam
setiap aspek rekaan merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan dan kami berpuas hati dengan
produk yang dihasilkan. Kami juga berbangga Naelofar hijab akan terbang tinggi bersama juruterbang
AirAsia".
Para juruterbang wanita AirAsia yang berhijab melibatkan diri sepanjang proses mereka hijab tersebut di
mana mereka kerjasama dengan pereka Naelofar Hijab untuk menghasilkan hijab yang praktikal dan sesuai
untuk tugasan harian mereka. Sebelum dilancarkan, prototaip yang dihasilkan telah menjalani pelbagai
ujian pemakaian oleh para juruterbang wanita syarikat penerbangan itu. Hijab terbaru ini menggunakan
sejenis fabrik istimewa dengan ciri-ciri tambahan yang amat fleksibel untuk memudahkan pergerakan para
pemakai, serta dihiasi simbol Naelofar Hijab bertatahkan kristal Swarovski untuk sentuhan akhir.