SEPANG, 12 JUN 2016
-
3 juta tempat duduk promosi ke semua destinasi AirAsia dan AirAsia X
-
Tempah secara online dari 13 hingga 19 Jun 2016 bagi tempoh penerbangan
antara 4 Januari sehingga 21 Ogos 2017
2017
AirAsia menawarkan 3 juta tempat duduk promosi melalui kempen
tempat duduk percuma* untuk seluruh rangkaian penerbangan jarak pendek dan jauh.
Dengan tambang asas RM0, tidak termasuk cukai dan yuran, tetamu boleh melawat lebih daripada
120 destinasi di 24 buah negara dengan penerbangan AirAsia dan AirAsia X.
Tempat duduk promosi ini sedia di tempah melalui laman web airasia.com dan aplikasi mudah alih
AirAsia mulai 13 hingga 19 Jun 2016 untuk tempoh perjalanan dari 4 Januari hingga 21 Ogos 2017.
Ketua Komersil Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh berkata, “kami amat berbesar hati untuk
sekali lagi menawarkan 3 juta tempat duduk promosi kepada para tetamu AirAsia. Ini merupakan
peluang yang terbaik untuk menerokai rangkaian penerbangan kami yang luas terutamanya dengan
penambahan pelbagai destinasi menarik seperti Shantou, Auckland, Mauritius dan Tehran"
“Kami baru-baru ini telah menghubungkan Johor Bahru ke Guangzhou dan Hat Yai serta Pulau Pinang
ke Yangon, di samping peningkatan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Melbourne, Sydney, Perth,
Osaka, Sapporo, Beijing, Shanghai dan Taipei."
“Di samping itu, para tetamu dalam penerbangan AirAsia X boleh menikmati diskaun untuk tempat
duduk Premium Flatbed AirAsia X dengan harga bermula dari RM799 sehala.”
Tetamu juga boleh memanfaatkan perkhidmatan Fly-Thru untuk menyambung penerbangan ke
pelbagai destinasi dengan mudah melalui hab-hab transit AirAsia dimana bagasi yang didaftar masuk
terus ke destinasi akhir tanpa perlu melalui imigresen di hab transit.
AirAsia menggalakkan para tetamu untuk pra-tempah peruntukan bagasi yang mencukupi semasa
membuat tempahan bagi menikmati penjimatan yang lebih. Tetamu juga boleh menggunakan fungsi
'Urus Tempahan Saya' bagi pra tempah atau menambah peruntukkan bagasi di
laman airasia.com sehingga 4 jam sebelum waktu perlepasan.
Tetamu diingatkan yang setiap penumpang hanya dibenarkan satu bagasi kabin dengan dimensi yang
tidak melebihi 36cm (T) x 23cm (L) x 56cm (L) dan berat yang tidak melebihi 7kg.
Ikuti promosi dan aktiviti terkini AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).
*Tambang asas RM0 untuk tempat duduk percuma adalah tidak termasuk cukai, yuran dan
perkhidmatan pilihan yang lain. Tertakluk kepada terma dan syarat.