Cabaran #GREEN24 AirAsia bagi menggalakkan projek komuniti di seluruh Malaysia

Pendaftaran untuk cabaran ini dibuka dari sekarang hingga 27 Januari 2016. Projek komuniti terbaik akan memenangi 24 tiket penerbangan* AirAsia pergi-balik ke destinasi pilihan!

SEPANG, 20 JANUARI 2016

challenge
AirAsia meneruskan gerakan kesedaran #GREEN24, bertujuan untuk mempromosi dan meningkatkan kesedaran terhadap perubahan iklim. Ianya juga bermatlamat untuk memberi kesan yang ketara dengan menggalakkan kesedaran masyarakat di rantau Asean terutama di rumah , pejabat, bandar-bandar mahupun diperingkat kebangsaan. Sebagai sebahagian daripada inisiatif #GREEN24, AirAsia menjemput orang ramai untuk turut serta, memimpin dan merancang projek-projek komuniti dari 29 hingga 30 Januari 2016 melalui ‘Cabaran #GREEN24 AirAsia’. Projek komuniti yang terbaik dalam tempoh tersebut akan memenangi 24 tiket penerbangan AirAsia* pergi-balik ke destinasi pilihan mereka.

Peraduan ini dibuka kepada semua warga yang menetap di Malaysia dan orang ramai boleh mengambil bahagian dengan mengikuti lima langkah mudah ini:

Langkah 1:
Muat turun borang pendaftaran di laman web #GREEN24 airasia.com/green24

Langkah 2:
Merancang dan mengatur satu projek komuniti yang akan dijalankan pada bila-bila masa dalam tempoh 24 jam dari 29 hingga 30 Januari 2016

Langkah 3:
Lengkapkan borang pendaftaran dan email kegreen24@airasia.comselewatlewatnya pada 27 Januari 2016

Langkah 4:
Jalankan projek yang dirancang pada tarikh 29 hingga 30 Januari 2016 dan hashtag #GREEN24Challenge pada media sosial yang dinyatakan dalam borang pendaftaran

Langkah 5:
Hantarkan laporan projek anda, berdasarkan contoh laporan selewat-lewatnya pada 5 Februari 2016 melalui email green24@airasia.com

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, "#GREEN24 ialah satu inisiatif serantau, dan sepanjang tempoh 24 jam pada 29 hingga 30 Januari 2016, kesemua pejabat Kumpulan AirAsia akan menjalankan pelbagai aktiviti bersama komuniti mereka. Rakan sekutu kami di Thailand akan mengadakan aktiviti pembersihan terumbu, manakala pejabat kami di Myanmar , Vietnam dan Kemboja akan mengadakan program pendidikan mengenai kitar semula dan penanaman pokok di tepi sungai untuk mengelakkan hakisan. Ini hanya beberapa contoh aktiviti yang akan kami jalankan.”

“Kami berharap untuk meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia mengenai kesan perubahan iklim dengan menjemput orang ramai bagi menyahut cabaran ini dan mengambil bahagian dalam gerakan #GREEN24 kami. Jumlah tindakan mesra alam yang boleh diambil seseorang individu tiada hadnya. Ia bermula dengan mencari minat yang akan menjadi panduan pemangkin untuk mewujudkan projek-projek yang bermanfaat bagi cabaran ini dan setiap tindakan yang diambil dapat memberikan perubahan buat dunia kita. Kami mengalu-alukan penyertaan anda dalam Cabaran #GREEN24 AirAsia,” tambah Aireen.

Kempen #GREEN24 AirAsia pertama kali dilancarkan November lepas sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat. Aktiviti awal menyaksikan lebih 150 sukarelawan dari seluruh Kumpulan AirAsia dan Tune berkumpul bersama-sama untuk membersihkan air terjun Kanching di Rawang. Lebih 600kg sampah telah dikutip dalam masa jangka singkat selama 90 minit yang dibersihkan sewaktu aktiviti membersihkan air terjun ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai gerakan kesedaran iklim #GREEN24 dan bagaimana untuk menyertai dengan melayari airasia.com/green24.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.