SEPANG, 10 November 2016
AirAsia telah meraikan kedatangan pelajar dari Sekolah
Kebangsaan Satak dan memberi mereka satu peluang istimewa untuk menimba pengalaman dalam
industri penerbangan dengan lawatan ke Aviation Centre of Excellence (AACE), pejabat baru AirAsia
(RedQ) dan menaiki pesawat Airbus A330 yang terbaru.
Sekumpulan 40 orang pelajar daripada masyarakat Orang Asli ini dapat bertemu serta berinteraksi
dengan lapisan profesional dalam industri penerbangan termasuk juruterbang, anak kapal, jurutera
serta kakitangan korporat. Pelajar-pelajar sekolah rendah ini juga menjalani sesi interaktif dan
beemesra dengan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Cik Aireen Omar yang menggalakkan
mereka untuk belajar bersungguh-sungguh dan terus mengejar impian mereka.
Semasa lawatan ini, para pelajar tersebut diberi peluang untuk melihat dengan dekat alat simulator
pesawat di mana para juruterbang menjalani latihan. Selain itu, mereka juga dapat menimba
pengalaman prosedur pemindahan kecemasan untuk pesawat, serta melihat latihan keselamatan oleh
anak kapal semasa lawatan di Aviation Centre of Excellence (AACE).
Lawatan selama 2 hari ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan AirAsia untuk
memperkasakan belia di seluruh negara dengan pendedahan terhadap dunia penerbangan. Lebih
5000 pelajar telah dijemput untuk menimba pengalaman dalam industri penerbangan dengan AirAsia
setakat ini.
Para pelajar ini akan menginap di Tune Hotel selama satu malam dan dijadualkan untuk melawat
Kidzania di Mutiara Damansara untuk pengalaman pembelajaran secara interaktif.
Untuk mengetahui lebih lanjut ikuti aktiviti dan promosi terkini AirAsia melalui Twitter
(twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).