AirAsia lancar snek baharu Onigiri Jepun

SEPANG, 24 OKTOBER 2017

Onigiri Image

AirAsia melancarkan snek baharu di dalam penerbangannya iaitu Onigiri atau juga dikenali sebagai nasi kepal Jepun dengan pelbagai inti yang lazat.

Onigiri dibuat daripada nasi Jepun istimewa dengan pelbagai pilihan jenis inti seperti salmon panggang, salmon teriyaki, tuna mayo, salmon salai atau sayur-sayuran, dibalut dengan rumpai kering, disaji dengan Sup Miso sebagai satu kombo.

Siegtraund Teh, Ketua Komersial Kumpulan AirAsia berkata, “Makanan Jepun dikenali di seluruh dunia kerana kesederhanaanya. Justeru, kami memperkenalkan snek baharu Onigiri yang ringkas tetapi berkhasiat untuk semua. Apatah lagi, ia adalah satu makanan yang versatil yang boleh disesuaikan dengan citarasa tempatan, dan kami berusaha ke arah citarasa inspirasi Asean untuk mewujudkan satu pengalaman yang unik untuk tetamu kami yang mahukan makanan yang sihat serta lazat. "

Onigiri hanya boleh ditempah di dalam penerbangan sahaja dengan hanya RM10 dalam penerbangan AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) dan penerbangan AirAsia X Malaysia (kod penerbangan D7) ke semua destinasi AirAsia.*

Para tetamu juga disarankan untuk membuat pra-tempahan hidangan Santan melalui pautan ‘Urus Tempahan Saya’ di airasia.com untuk menikmati pelbagai pilihan hidangan, lebih penjimatan dan keutamaan hidangan dalam pesawat.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter(twitter.com/AirAsia) danFacebook (facebook.com/AirAsia).

*Harga dan pilihan inti Onigiri berbeza mengikut kod penerbangan AirAsia.