AirAsia memperkukuhkan kedudukan di Langkawi dengan penerbangan sulung dari Guangzhou, China

LANGKAWI, 24 JANUARI 2016

AirAsia memperkukuhkan kedudukannya di Langkawi dengan permulaan penerbangan sulung dari Guangzhou,China ke Langkawi pagi ini, yang mendarat dengan 92 peratus muatan penumpang.

Penerbangan pertama dari Guangzhou disambut oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Razak , Perdana Menteri Malaysia; YB Dato' Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia; YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah; YB Hj. Mohd Rawi bin Hj. Abdul Hamid, EXCO Pelancongan dan Warisan Negeri Kedah; YB Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad, Ahli Parlimen Langkawi; YBhg Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad; YBhg Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia ; dan Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad.

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia berkata, "Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak dan Dato' Seri Liow Tiong Lai atas wawasan meraka serta mengambil langkah-langkah proaktif untuk memberi Langkawi perhatian yang sewajarnya. Kami menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Dato' Seri kepada kami untuk memajukan lapangan terbang ini dan terus memperkembangkan Langkawi sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di rantau ini dengan lebih banyak penyambungan antarabangsa.

"Dengan menjadikan Langkawi hab antarabangsa, kami yakin dan boleh meningkatkan trafik pelancongan di pulau ini. Kami telah membuat pelaburan yang besar untuk memastikan hab ini boleh menampung dan memudahkan pertumbuhan trafik kami dan mencapai matlamat untuk menjadikan Langkawi sebagai hab LCC serantau. Kami yakin bahawa dengan kerjasama daripada pihak berkuasa dari lapangan terbang dan ahli-ahli utama industri pelancongan di Langkawi, pulau ini akan menambat hati orang ramai dan menjadi salah satu pilihan yang terbaik untuk pelancong China tidak lama lagi," tambah Tony Fernandes.

Antara beberapa tetamu yang mengikuti penerbangan sulung dari Guangzhou termasuk wakil-wakil daripada Lembaga Pelancongan Guangdong dan sekumpulan media dari Guangzhou. Ahli-ahli media akan meneruskan lawatan mereka di Pulau Langkawi melalui satu lawatan suai kenal yang dianjurkan bersama oleh AirAsia, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), The Datai Langkawi dan Kumpulan Starwood Hotels.

Bersempena dengan sambutan ini, ambang termasuk semua bermula dari serendah RM199* sehala yang ditawarkan di airasia.com dari 25 Januari hingga 7 Februari 2016 bagi tempoh perjalanan 25 Januari 2016 hingga 2 Mei 2016.Tambang promosi ini juga boleh didapati melalui aplikasi AirAsia bagi iPhone dan Android, serta laman web mudah alih mobile.airasia.com.

AirAsia kini mengendalikan penerbangan terus dari Langkawi ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Singapura, selain daripada Guangzhou. Terdapat juga 30 pasangan bandar melalui perkhidmatan sambungan (Fly-Thru service) yang boleh diakses oleh tetamu dari Langkawi.

Terus kemas kini bersama promosi dan aktiviti terkini AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook(facebook.com/AirAsia).

*Tambang termasuk semua yang disebut adalah bagi penerbangan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Jadual Penerbangan bagi Langkawi, Malaysia (LGK) – Guangzhou, China (CAN):

No Penerbangan Laluan Berlepas Ketibaan
Kekerapan
AK 2011 LGK - CAN 0130hrs 0525hrs
Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad
AK 2010 CAN - LGK 0610hrs 1005hrs
Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad