Operasi AirAsia berpindah ke Terminal 1 di Yangon, Myanmar

YANGON, 27 JUN 2016

Kumpulan AirAsia akan mula beroperasi di Terminal 1 di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, Myanmar bermula esok, 28 Jun 2016. Sebelum ini, semua penerbangan AirAsia beroperasi dari Terminal 2 lapangan terbang tersebut.

Tetamu semua penerbangan yang dikendalikan oleh AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) dan Thai AirAsia (kod penerbangan FD) perlu mendaftar masuk di Terminal 1, yang terletak berhampiran dengan terminal lama, bermula dari tarikh berkuatkuasa.

Semua tetamu yang terbang dari/ke Yangon akan dimaklumkan oleh syarikat penerbangan mengenai perubahan terminal ini melalui e-mel dan SMS.

Malaysia AirAsia mengendalikan dua laluan ke Yangon, iaitu dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang; manakala Thai AirAsia mengendalikan satu laluan dari Bangkok ke Yangon dengan sejumlah 45 penerbangan mingguan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).