AirAsia menawarkan diskaun eksklusif sebanyak 20% bagi tempahan melalui aplikasi mudah alih

KUALA LUMPUR, 3 JUN 2016

AirAsia mengumumkan diskaun istimewa sebanyak 20% bagi semua penerbangan yang ditempah melalui aplikasi mudah alih dan laman web mudah alih.

Promosi khas melalui aplikasi dan laman web mudah alih ini berlangsung dari 3 Jun 2016 (0000, GMT + 8) hingga 5 Jun 2016 (2400, GMT + 8) untuk perjalanan antara 6 Jun 2016 hingga 30 September 2016.

Promosi khas ini adalah untuk semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X dengan kod penerbangan AK (AirAsia Malaysia), D7 (Malaysia AirAsia X), FD (AirAsia Thailand), XJ (Thai AirAsia X), QZ (AirAsia Indonesia), XT (Indonesia AirAsia X), PQ (AirAsia Filipina) dan I5 (AirAsia India).

Untuk menikmati diskaun istimewa ini, tetamu hanya perlu masukkan kod promo "MOBILE20" di aplikasi mudah alih atau laman web mudah alih (mobile.airasia.com).

Ketua Komersil Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh berkata, "AirAsia merupakan salah satu daripada syarikat penerbangan yang pertama di rantau ini untuk memperkenalkan kemudahan tempahan penerbangan melalui aplikasi mudah alih"

"Kami mula memperkenalkan aplikasi mudah alih AirAsia pada tahun 2010, yang sehingga kini telah dimuat turun lebih dari 10 juta kali di seluruh dunia dan telah memenangi Anugerah Aplikasi Terbaik bagi Syarikat Penerbangan Kos Rendah Dunia di World Travel Awards 2015. Kami juga mempunyai laman web mudah alih bagi mereka yang masih belum memuat turun aplikasi kami yang menawarkan kemudahan penempahan penerbangan dengan mudah".

"Sebagai penghargaan kepada para tetamu, kami menawarkan diskaun sebanyak 20% untuk semua penerbangan yang ditempah melalui aplikasi mudah alih dan laman web mudah alih. Ini adalah hadiah terbaik bagi tetamu untuk mencuba aplikasi mudah alih kami.”

Pembayaran tempahan penerbangan kini lebih mudah dengan BIG Paay yang membenarkan tetamu menyimpan maklumat pembayaran sehingga tiga kad debit atau kad kredit yang dikeluarkan oleh Visa, MasterCard, American Express dan JCB menggunakan keselamatan data yang diperakui oleh Majlis piawaian keselamatan standard bayaran Kad industri - Data Keselamatan Standard (PCI-DSS).

Tetamu digalakkan untuk memuat turun aplikasi mudah alih AirAsia, yang memudahkan proses daftar masuk dan disertakan dengan perkhidmatan serba lengkap yang lain. Ini termasuk Urus Tempahan Saya, di mana tetamu boleh membuat pelbagai tambahan kepada tempahan mereka dengan mudah, semakan status penerbangan dan mendapatkan pas masuk elektronik untuk kegunaan di lapangan terbang yang terpilih.

Aplikasi ini disediakan untuk peranti iOS dan Android dalam 11 Bahasa - Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia, Bahasa tradisional Cina (Taiwan dan Hong Kong), Bahasa Cina (China), Thai, Korea, Jepun, Vietnam dan Bahasa Arab.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AskAirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).