AirAsia menawarkan tambang istimewa untuk penumpang Rayani Air

Diskaun sebanyak 50% bagi perjalanan ke dan dari Kuala Lumpur, Langkawi, Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu bagi penumpang Rayani Air mulai hari ini sehingga 27 April 2016

SEPANG, 11 APRIL 2016

AirAsia menawarkan diskaun sebanyak 50% bagi penumpang-penumpang Rayani Air yang terjejas akibat penggantungan operasi syarikat penerbangan tersebut baru baru ini. Diskaun 50%  adalah untuk destinasi ke dan dari Kuala Lumpur, Langkawi, Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu bagi mereka yang melakukan perjalanan mulai hari ini sehingga 27 April 2016.    

Diskaun sebanyak 50% adalah untuk semua penumpang Rayani Air yang memegang tempahan penerbangan yang telah disahkan. Penumpang boleh mengemukakan tiket penerbangan terbabit di mana- mana cawangan AirAsia Travel & Service Centre di lapangan terbang yang tersenarai di bawah :

  1. klia2 (Kuala Lumpur)
  2. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (Langkawi)
  3. Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (Kota Bharu)
  4. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (Kuching)
  5. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (Kota Kinabalu)

Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkata, “Kami berasa simpati terhadap kesemua tetamu Rayani Air dan kami berharap dengan diskaun potongan sebanyak 50% ini dapat membantu memudahkan urusan perjalanan, terutamanya dengan kekerapan penerbangan kami yang lebih luas ke destinasi-destinasi yang terjejas. Para tetamu boleh mengunjungi ke mana-mana cawangan AirAsia Travel & Service Centre di lapangan terbang yang tersenarai di atas, dan ejen perkhidmatan kami akan membantu dengan tempahan tiket penerbangan baru.”

AirAsia beroperasi 11 kali penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Langkawi8 kali penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu11 kali penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Kuching8 kali penerbangan harian dari  Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan 3 kali penerbangan harian dari Kota Kinabalu ke Kuching.  

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter(twitter.com/AirAsia) d an Facebook (facebook.com/AirAsia ).