Pemenang-pemenang Klinik Kejurulatihan AirAsia-QPR Terbang Ke London

Lapan bakat muda bola sepak dari serata Asia dihantar untuk berlatih bersama QPR

LONDON, 2 MAC 2017

AIRASIA-QPR CLINIC WINNERS OFF TO LONDON

AirAsia telah menghantar lapan bakat muda bola sepak dari Asia ke London, UK untuk menjalani latihan khas dan menimba pengalaman bersama Queens Park Rangers Football Club (QPR).

Mereka telah dipilih sebagai pemenang ketika program klinik kejurulatihan AirAsia-QPR yang dijalankan hujung tahun lepas, yang merupakan usaha bersama AirAsia dan QPR in the Community Trust untuk menyediakan satu platform bagi bakat-bakat tempatan dalam mengasah kemahiran mereka.

Mereka telah dipilih sebagai pemenang ketika program klinik kejurulatihan AirAsia-QPR yang dijalankan hujung tahun lepas, yang merupakan usaha bersama AirAsia dan QPR in the Community Trust untuk menyediakan satu platform bagi bakat-bakat tempatan dalam mengasah kemahiran mereka.

Ketika program klinik, bakat-bakat muda tersebut telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran termasuk teknik manipulasi bola, teknik hantaran dan rembatan, kelas pemakanan dan pelbagai aspek taktikal lain permainan bola sepak untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran mereka di atas padang.

Lapan bakat-bakat muda yang terpilih adalah Mohammad Alif Amzar Mohd Hisham, 17, dan Kengo Lee, 17, daripada Malaysia, Parin Bunyalakha, 16, dan Sathit Sisophakiri, 15, daripada Thailand, Ahludz Dzikri Fikri, 15, Hamsa Medari Lestaluhu, 14, dan Muhammad Alfiqri, 16, daripada Indonesia dan Li Te, 14, daripada China.

Di London, mereka akan menyertai kursus latihan intensif selama seminggu bersama jurulatih-jurulatih belia QPR. Program berlangsung daripada 26 Februari hingga 5 Mac 2017, termasuk perlawanan persahabatan menentang pasukan jemputan.

Kesemua pemenang diberikan set lengkap pakaian latihan QPR dan pakaian musim sejuk termasuk jersi Klinik Kejurulatihan AirAsia-QPR dan beg duffel, sarung tangan QPR, jaket, seluar dan pakaian latihan serta topi AirAsia.

Mereka juga berpeluang melawat akademi dan stadium tuan rumah kelab Loftus Road, bertemu dengan pemain-pemain dan jurulatih-jurulatih daripada pasukan pertama dan akan diperkenalkan kepada peminat-peminat QPR pada hari perlawanan.

Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “Ini merupakan tahun keempat klinik kejurulatihan ini dijalankan, saya teruja melihat perbezaan pemain-pemain muda bola sepak Asia dari Indonesia hingga ke China melalui klinik kejurulatihan ini.

“Program klinik yang pertama dijalankan pada tahun 2013, dan sejak itu, ia telah memberi manfaat kepada hampir 1,000 belia di seluruh Asia, 29 daripada mereka juga diberi peluang pengalaman sekali seumur hidup untuk dilatih dengan kelab Liga Kejuaraan. Ini merupakan satu komitmen AirAsia untuk merealisasikan impian menjadi kenyataan, dan saya sangat teruja bahawa kami adalah sebahagian daripada ini.”

Andy Evans, Ketua Pegawai Eksekutif QPR Trust berkata, “Ini adalah satu peluang istimewa untuk QPR bekerjasama dengan AirAsia dan menyediakan aktiviti-aktiviti kejurulatihan menarik selama seminggu bagi pemain-pemain muda yang terpilih dari Asia.

“Jurulatih-jurulatih QPR akan menjalankan beberapa sesi berbeza dengan tujuan untuk mengasah bakat setiap pemain dari segi individu dan berpasukan sepanjang minggu. Pemain-pemain muda ini juga akan diberi pengalaman menjadi sebahagian daripada QPR, mereka juga akan mendapat peluang untuk belajar kaedah kejurulatihan kelas pertama, serta pengalaman menghadiri hari perlawanan di Loftus Road dan menerokai keindahan bandar London.

“Bagi pihak pasukan di QPR, kami amat teruja untuk mengalukan-alukan kehadiran mereka ke London di mana ia juga merupakan pengalaman sekali seumur hidup bagi mereka.”

AirAsia merupakan penaja rasmi QPR. Syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia juga terlibat dengan pembangunan dalam pelbagai inisiatif-inisiatif sukan yang lain untuk faedah para belia, mewujudkan peluang dan menyediakan satu platform bagi mereka mengecapi kejayaan dan merealisasikan impian mereka untuk bersaing di peringkat tertinggi.

Ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia) atau QPR di dalam Community Trust (@QPRTrust) di Twitter.