AirAsia terus komited untuk mengembangkan bakat muda dengan penajaan atlet bina badan, Faiz Ariffin

SEPANG, 11 JANUARI 2017

AirAsia Awarded The Most Influential Airline

AirAsia terus menyokong bakat terbaik negara melalui penajaan atlet bina badan muda Malaysia, Faiz Ariffin, 24, dalam usaha beliau untuk menjadi juara di Kejohanan Dunia dan Kejohanan Asia pada tahun 2017.

Atlet ini memulakan kerjayanya di World Bodybuilding and Physique Championship pada tahun 2015 dan mendapat tempat ke-7 keseluruhan dalam kategori Men’s Athletic Physique.

Beliau juga telah meraih beberapa pencapaian yang ketara termasuk di 50th Asian Bodybuilding dan Physique Sports Championship (ke-4 bagi Physique Athletic Lelaki); 12th South East Asian Bodybuilding Championships (ke-2 untuk lelaki Physique Olahraga Terbuka atas 170cm); dan 48th Asian Bodybuilding Fitness and Physique Sports Championship antara lain.

Beliau juga telah meraih beberapa pencapaian yang ketara termasuk di 50th Asian Bodybuilding dan Physique Sports Championship (ke-4 bagi Physique Athletic Lelaki); 12th South East Asian Bodybuilding Championships (ke-2 untuk lelaki Physique Olahraga Terbuka atas 170cm); dan 48th Asian Bodybuilding Fitness and Physique Sports Championship antara lain..

Rudy Khaw, Ketua Bahagian Penjenamaan AirAsia berkata, “Kami di AirAsia teruja untuk menyokong perjalanan Faiz kerana beliau merupakan seorang atlet muda yang berpegang teguh pada nilai-nilai AirAsia, iaitu sentiasa bekerja keras untuk menjadi yang terbaik di persada dunia dan pada masa yang sama, kekal merendah diri. Kami amat bangga kerana beliau telah mempelajari segala aspek sukan bina badan dengan sendiri dan berjaya mencapai kejayaan yang amat membanggakan -- sama seperti AirAsia yang mula beroperasi 15 tahun dahulu yang hanya mempunyai usaha, semangat dan kesungguhan.

“Kami berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada impian Faiz disamping memacu komitmen berterusan kami untuk memperkasakan bakat-bakat muda tanah air dan memberikan mereka satu platform untuk bersinar di pentas global,” tambah Rudy Khaw.

Faiz Ariffin berkata,”Saya amat bersyukur atas sokongan dan tajaan yang telah diberikan oleh AirAsia dalam merealisasikan impian saya untuk mengejar gelaran juara dunia. Adalah impian saya adalah untuk memberi inspirasi kepada belia Malaysia untuk menjadi aktif dan cergas melalui perjalanan saya. Saya tidak sabar untuk memulakan perjalanan ini bersama-sama dengan AirAsia dalam mewujudkan gaya hidup yang sihat untuk semua.”

Pada tahun 2017, Faiz akan memberi tumpuan untuk meraih tempat pertama dalam kejohanan Asia dan Dunia dan menjadi atlet termuda Malaysia untuk memenangi gelaran dalam kedua-dua pertandingan.

AirAsia akan terus bekerjasama rapat dengan atlet bina badan ini untuk merealisasikani impian beliau. Selain itu, syarikat penerbangan itu juga merancang untukl mengadakan juga beberapa inisiatif bersama Faiz, termasuklah klinik kecergasan dengan AirAsia Allstars di ibu pejabat Kuala Lumpur, RedQ.