AirAsia memperkukuhkan hab utara dengan pengenalan penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Yangon

SEPANG, 13 JANUARI 2016

yangon
  • Penerbangan terus 3 kali seminggu akan menghubungkan Pulau Pinang ke Yangon, Myanmar
  • Penerbangan bermula pada 22 Mac 2016
  • Tambang pengenalan istimewa dari serendah RM99* sehala
Satu lagi destinasi menarik menanti komuniti utara Semenanjung Malaysia dengan pengenalan penerbangan terus AirAsia dari Pulau Pinang ke Yangon, Myanmar. Laluan ini merupakan destinasi antarabangsa yang ke-7 dari hab utara syarikat penerbangan itu.

Laluan baru dengan kekerapan penerbangan sebanyak 3 kali seminggu akan mula beroperasi pada 22 Mac 2016.

Untuk meraikan pengumuman laluan baru ini, AirAsia menawarkan promosi tambang bermula dari serendah RM99* sehala. Tempahan penerbangan boleh dibuat secara online di airasia.com bermula 13 Januari hingga 24 Januari 2016 bagi tempoh perjalanan dari 22 Mac 2016 hingga 5 Februari 2017. Tempahan juga boleh dibuat melalui aplikasi AirAsia bagi iPhone dan Android, serta laman web mudah alih mobile.airasia.com.

Penerbangan antarabangsa sediada dari Pulau Pinang termasuklah penerbangan ke Bandar Ho Chi Minh, Singapura, Medan, Jakarta, Surabaya dan Bangkok.

Jadual Penerbangan bagi laluan Pulau Pinang, Malaysia (PEN) – Yangon, Myanmar (RGN):

Laluan No Penerbangan Berlepas Ketibaan Kekerapan
PEN - RGN AK 1508 1200 1245 Selasa, Khamis, Sabtu
RGN - PEN AK 1509 1310 1700 Selasa, Khamis, Sabtu

Nota: Semua masa yang dipapar adalah masa tempatan di destinasi masing-masing.

Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkata, “Kami komited untuk mengembangkan rangkaian kami dan memberi pelbagai pilihan laluan kepada masyarakat Asean dan pada masa yang sama terus mengukuhkan hab-hab yang lain kami di Malaysia. Pengenalan laluan baru dari Pulau Pinang ke sebuah lagi bandar di IndoChina memaparkan komitmen berterusan kami. Kami juga akan meraikan penerbangan sulung dari Pulau Pinang ke bandar Ho Chi Minh pada akhir bulan ini.”

“Yangon, merupakan bandar terbesar di Myanmar yang merupakan sebuah destinasi percutian yang semakin popular dikalangan pelancong di rantau ini. Kami yakin bahawa penerbangan terus antara kedua-dua bandar akan merancakkan aktiviti pelancongan dan perniagaan. Laluan baru ini merupakan hubungan terus kedua Malaysia ke Yangon selepas Kuala Lumpur,” tambah Spencer.

Dahulu dikenali sebagai ‘Rangoon’ bekas ibu negara Myanmar ini mempunyai kelebihan tersendiri yang mampu memikat hati pelancong. Keindahan kuarters tinggalan penjajah British yang pernah menjadi simbol kehebatan penjajahan British dan juga bilangan pagoda yang banyak lagi menakjubkan seperti Pagoda Shwedagon yang disaluti dengan beratus-ratus kepingan emas dan berlian. Diantara yang menarik di Yangon adalah kehidupan seharian penduduk yang ramah mesra dan sajian ‘Ohn no Khao Swe’ (Mee ayam sup tempatan), yang sudah pasti akan menjadikan pengalaman bersiar di bandar tersebut lebih bermakna.

Perjalanan ke luar bandar juga akan memberikan pengalaman pengembaraan yang menarik. Para pelancong harus mengunjungi Bagan – dan menaiki belon panas pada waktu senja, melewati lebih 3000 buah kuil dan stupa yang rata-ratanya berusia lebih dari 800 tahun. Sememangnya ini menjanjikan satu pemandangan dan pengalaman yang menakjubkan.

Terus kemas kini bersama promosi dan aktiviti terkini AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Tambang termasuk semua yang disebut adalah bagi penerbangan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.