AirAsia tamat penerbangan dari Kuala Lumpur ke Goa, India

SEPANG, 10 MEI 2016

AirAsia Berhad menamatkan perkhidmatan tiga kali seminggu bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Goa, India berkuat kuasa 7 Jun 2016 berikutan inisiatif rasionalisasi syarikat penerbangan itu.

Para tetamu yang terjejas dengan penggantungan laluan ini akan diberi pilihan bagi mengurangkan kesulitan yang dihadapi. Para tetamu akan dimaklumkan melalui e-mel rasmi yang didaftar, dan juga melalui pemberitahuan SMS. AirAsia menyarankan semua para tetamu bagi memastikan e-mel dan nombor telefon bimbit serta kod negara dikemaskini melalui Akaun Ahli AirAsia untuk urusan pemberitahuan.

Spencer Lee, Ketua Pegawai Komersial AirAsia Berhad berkata, “Setiap laluan baru dinilai dengan teliti sebelum diperkenalkan. Namun penggantungan ini adalah disebabkan oleh langkah rasionalisasi laluan kami. Walaubagaimanapun, kami kekal komited dengan pasaran India dan berharap untuk kembali terbang ke Goa pada masa hadapan.”

Para tetamu yang terjejas dengan penggantungan laluan ini akan ditawarkan pilihan yang berikut:
i) Menjadualkan semula perjalanan pada tarikh penerbangan sebelum penggantungan perkhidmatan, bergantung kepada adanya tempat duduk, atau
ii) Penukaran harga tiket kepada nilai kredit yang boleh digunakan sebagai pembayaran pembelian tiket penerbangan AirAsia yang sah selama 180 hari dari tarikh penukaran
iii) Pengembalian wang sepenuhnya

Para tetamu juga boleh menghubungi Pasukan Khidmat Tetamu AirAsia melalui media sosial dengan hanya menghantar tweet kepada twitter.com/AskAirAsia untuk pertanyaan lanjut mengenai penggantungan laluan ini.