AirAsia Juara Dunia Menghubungkan Shenzhen kepada Dunia

AirAsia rai ulang tahun ke-10 penerbangan ke Shenzhen, syarikat penerbangan asing utama dari segi kapasiti penumpang

SHENZHEN, 11 JULAI 2017

AirAsia-Shenzhen-10-Anniversary

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia meraikan ulang tahun ke-10 penerbangan ke Shenzen. Majlis tersebut disambut dengan meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzen Bao’an hari ini.

AirAsia memulakan operasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen Bao’an sedekad yang lalu dengan konsep baharu yang menjadikan syarikat penerbangan itu berbeza daripada syarikat penerbangan tradisional di China. Pada 15 Julai 2007, AirAsia memperkenalkan penerbangan terus dari Shenzhen-Kuala Lumpur dan Shenzhen-Bangkok, seterusnya memperkenalkan perjalanan udara tambang rendah di Shenzhen. Dalam tahun yang sama, AirAsia juga menambah laluan Shenzhen-Kota Kinabalu.

Sehingga kini, AirAsia menawarkan 35 penerbangan mingguan dari Shenzhen ke Asia Tenggara. Pada tahun ini juga, purata laluan dari Shenzhen mencatatkan prestasi melebihi penumpang 85 peratus, menjadikan AirAsia sebuah syarikat penerbangan asing utama dari segi kekerapan penerbangan dan kapasiti penumpang di Shenzhen. Sejak penerbangan sulungnya, syarikat penerbangan itu telah membawa 4.3 juta tetamu masuk dan keluar ke Shenzhen, seterusnya meningkatkan trafik para pelancong tempatan dan antarabangsa ke bandar tersebut.

TUntuk meraikan ulang tahun ini, AirAsia menawarkan tambang termasuk semua serendah dari RM256* dari Kuala Lumpur ke Shenzhen dan RM257* dari Kota Kinabalu ke Shenzhen. Tempahan boleh dibuat di airasia.com dari17 hingga 23 Julai 2017untuk tempoh perjalanan dari 19 Julai hingga 24 November 2017.

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, "Kami amat teruja untuk menyambut ulang tahun ke-10 bagi perkhidmatan ke Shenzhen. Pada sedekad yang lalu, kami memperkenalkan konsep syarikat penerbangan tambang rendah di Shenzhen dengan tujuan untuk membawa lebih ramai orang terbang. Kini, masyarakat di wilayah Guangdong dihubungkan kepada dunia melalui rangkaian kami yang luas meliputi lebih daripada 120 destinasi di Asia, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pengawal selia, pihak berkuasa lapangan terbang, dan semua rakan niaga kami di Shenzhen di atas sokongan mereka yang berterusan selama sedekad yang lalu. Kami berharap untuk terus mengembangkan laluan tersebut, dan meraikan lebih banyak kejayaan bersama.”

“Kami juga teruja untuk terus menambah hubungan ke Shenzhen dengan memperkenalkan penerbangan terus ke Langkawi - salah satu hab utama kami di Malaysia, yang akan bermula pada 9 Ogos 2017,” tambah beliau.

Dikenali sebagai ‘Bandar Inovasi’, beberapa buah syarikat teknologi tinggi dan syarikat perniagaan sederhana di Shenzhen mempunyai hubungan dengan negara-negara lain di Asia Tenggara. Di Malaysia dan Asia Tenggara, AirAsia terus aktif dalam mempromosikan sektor pelancongan, ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua wilayah tersebut melalui perjalanan udara.

“AirAsia, sebuah syarikat dengan pelbagai produk dan perkhidmatan yang unik telah menyediakan pelbagai pilihan perjalanan untuk para tetamu dan memberikan sumbangan positif ke arah perjalanan udara tempatan di Shenzhen,” kata seorang jurucakap dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen Bao'an. Pada tahun-tahun lepas, Lapangan Terbang Shenzhen telah memberi tumpuan kepada usaha mendapatkan syarikat penerbangan untuk melaksanakan strategi globalisasi dan telah berjaya membuat penemuan penting dalam pembangunan perniagaan antarabangsa. Pada masa hadapan, lapangan terbang tersebut akan memanfaatkan strategi dan pembangunan inisiatif ‘One Belt, One Road’ di kawasan perdagangan bebas di Guangdong, Hong Kong dan Macau, untuk memperkasakan struktur penerbangan awam di Shenzhen, dan mempercepatkan pembangunan ke arah menjadikan Asia-Pasifik sebagai hab penerbangan antarabangsa.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.