AirAsia Travel Fair 2016 bakal manfaatkan masyarakat Malaysia Timur

Expo percutian AirAsia akan menjelajah ke empat destinasi di Sabah dan Sarawak dan turut menawarkan diskaun 20% bagi tambang online untuk kesemua penerbangan AirAsia dan AirAsia X.

KUCHING, 16 APRIL 2016

travel-fair

Komuniti di Sabah dan Sarawak bakal mendapat manfaat dari promosi 20% diskaun yang menarik untuk destinasi AirAsia dan AirAsia X di AirAsia Travel Fair (AATF) 2016 yang akan berada di empat lokasi seluruh Malaysia Timur dari April hingga Mei 2016.

Expo percutian tahunan AirAsia, yang kini berada dalam tahun ketiga telah dilancarkan dengan rasminya di Kuching oleh tetamu kehormat,Yang Berbahagia Datu Ik Pahon Joyik, Setiausaha tetap Kementerian Pelancongan Sarawak; bersama-sama dengan kehadiran Yang Berbahagia Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab, Ketua Pengarah Kementerian Pelancongan Malaysia; Mr Philip Yong, Presiden Sarawak Tourism Federation dan Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad.

Pengunjung-pengunjung ke AATF 2016 di Kuching akan menikmati promosi khas seperti pengurangan RM200 harga tambang apabila mereka membeli dua tempat duduk untuk destinasiKuching-Singapura , serta promosi beli 1 percuma 1 bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perth. Ini adalah antara promosi lain selain daripada diskaun 20% bagi semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X yang tersedia secara eksklusif di expo percutian bermula hari ini sehingga esok dari 10AM – 10PM.

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekututif AirAsia Berhad berkata, "AirAsia Travel Fair pertama dimulakan pada tahun 2014 dengan menawarkan diskaun serta-merta dan promosi khas kepada tetamu-tetamu dan kami mendapat permintaan tinggi agar expo percutian ini diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. Pada tahun lepas, kami telah mengadakan expo percutian di Kuching dan Kota Kinabalu dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Bagi tahun 2016, kami ingin penduduk Sarawak dan Sabah daripada lain-lain bahagian untuk menikmati promosi expo percutian kami. Setiap lokasi akan tersedia promosi khas untuk penerbangan AirAsia dan AirAsia X selain diskaun 20%, nantikan AirAsia Travel Fair 2016 yang bakal tiba di bandar berdekatan dengan anda di Sarawak dan Sabah.”

AirAsia Travel Fair 2016 akan berada di bandar-bandar tersenarai dibawah selain Kuching:

Lokasi Tempat Tarikh
Miri, Sarawak Bintang MegaMall 23 – 24 April 2016
Kota Kinabalu, Sabah Imago Shopping Mall 30 April – 1 May 2016
Tawau, Sabah Eastern Plaza 7 – 8 May 2016

AATF 2016 menyediakan 14 gerai di setiap tempat dengan tawaran percutian yang menakjubkan dan hadiah-hadiah menarik seperti penerbangan percuma dan mata ganjaran AirAsia BIG selain daripada aktiviti-aktiviti interaktif seperti cabutan bertuah, peraduan, permainan dan persembahan kebudayaan.

Rakan-rakan usahasama seperti AirAsia BIG Loyalty Programme, Tune Money, AirAsiaGo, Tune Protect juga turut serta di semua lokasi AATF 2016.

AirAsia Berhad terbang ke 9 destinasi dari Kuching sebanyak 388 penerbangan mingguan dua hala. Destinasi-destinasi adalah Miri, Sibu, Bintulu, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Singapura.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).