AirAsia X kini tiba di kepulauan Mauritius!

PORT LOUIS, 4 Oktober 2016

  • Penerbangan sulung dengan 100% muatan penumpang
  • Tambang istimewa RM199* dari 5 hingga 9 Oktober 2016

Penerbangan AirAsia X yang dinanti-nantikan ke Mauritius akhirnya telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sir Seewoosagur Ramgoolam dengan penerbangan penuh menandakan kehadiran kumpulan syarikat penerbangan tersebut di benua Afrika.

Kevin Ramkeloan, Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Mauritius mengalu-alukan tetamu penerbangan sulung termasuk Tuan Yang Terutama Encik Issop Pattel, Pesuruhjaya Tinggi Mauritius ke Malaysia; Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerusi AirAsia X Berhad; Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X; Dato' Fam Lee Ee, ahli Lembaga Pengarah bagi AirAsia X Berhad; Kathleen Tan, Presiden Asia Utara, AirAsia dan Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad.

Acara meraikan ketibaan penerbangan sulung telah diadakan dimana kumpulan syarikat penerbangan tersebut juga telah mengumumkan tambang termasuk semua dari serendah RM199* sehala untuk tempat duduk biasa, dan dari RM1,599* sehala bagi Premium Flatbeds untuk semua tetamu bagi merangsangkan permintaan ke kepulauan indah tersebut.

Tambang promosi ini sedia ditempah secara online dari 5 hingga 9 Oktober 2016 melalui airasia.com serta melalui aplikasi mudah alih AirAsia di peranti iPhone dan Android, dan juga laman web mudah alih mobile.airasia.com, dengan tempoh perjalanan bermula 5 Oktober 2016 sehingga 31 Mac 2017.

Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad berkata, "Kami amat gembira berada di sini pada hari ini, menandakan benua baru bagi peta laluan AirAsia X dengan penerbangan penuh 100%. Dengan pasaran yang kukuh ianya memberikan kami keyakinan bahawa kami perlu mengembangkan penerbangan terus antara Mauritius dan Kuala Lumpur, dikendalikan secara eksklusif oleh AirAsia X. Bersama-sama dengan gabungan penerbangan jarak pendek Kumpulan AirAsia, tetamu boleh ke Mauritius daripada mana-mana destinasi dalam lingkungan rangkaian luas penerbangan kami merentasi Asia, Australia dan Timur Tengah melalui Kuala Lumpur, hab kos rendah Asia. "

Terletak di pantai Tenggara benua Afrika, Mauritius dahulu adalah sebuah pulau gunung berapi dan terkenal dengan suasana pantai yang indah dengan pasir putih, iklim sub-tropika dan persisiran pantai Lautan Hindi. Pengunjung boleh memilih untuk berehat di pantai terpanjang di Mauritius iaitu pantai Mare Belle sambil menghirup jus tebu segar; atau bagi yang sukakan cabaran, boleh mencuba Underwater Walk aktiviti berjalan dalam air dengan mengenakan topi keledar oksigen sambil di kelilingi ikan-ikan.

Untuk meyelami sedikit sebanyak budaya dan sejarah, boleh menuju ke ibukota Mauritius, Port Louis yang menawarkan pelbagai jenis Tugu Peringatan penjajah atau ikut laluan ke Grand Bassin, di mana patung Shiva yang kedua terbesar di dunia akan menyambut anda di pintu masuk ke tasik kawah semulajadi di kawasan pergunungan. Pulau tropika ini sesungguhnya adalah destinasi sepanjang tahun yang menawarkan banyak perkara menarik untuk dilihat dan dalam masa yang sama menangani keperluan semua jenis pelancong seperti pengembara, berbulan madu, percutian keluarga atau pelawat perseorangan.

Ikuti promosi dan akitiviti terkini AirAsia melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Jadual Penerbangan bagi Kuala Lumpur (KUL) ke Mauritius (MRU)

No. Penerbangan Dari Ke Berlepas Tiba
Jadual
D7 006 KUL MRU 1025 hrs 1325 hrs Selasa, Jumaat, Ahad
D7 007 MRU KUL 0255 hrs 1420 hrs Isnin, Rabu, Sabtu
Nota: Masa yang dipaparkan adalah waktu tempatan di destinasi masing-masing.

* Promosi tambang termasuk semua adalah bagi perjalanan sehala sahaja termasuk cukai dan yuran. Tertakluk kepada terma dan syarat.