AirAsia X kini menghubungkan Kuala Lumpur terus ke New Delhi

Syarikat Penerbangan meraikan pembukaan laluan terkini dengan majlis sambutan di New Delhi dan promosi tambang termasuk semua dari RM459* sehala bagi tempat duduk ekonomi dan RM999* sehala bagi tempat duduk Premium Flatbed.

KUALA LUMPUR, 4 FEBRUARI 2016

AirAsia X now connects Kuala Lumpur direct to New Delhi
(From 3rd left to right) Benyamin Ismail, CEO of AirAsia X Berhad; His Excellency Datuk Naimun Ashakli Mohammad, High Commissioner of Malaysia to India; Amran Abdul Rahman, North India Director, Tourism Malaysia at the AirAsia X's New Delhi inaugural flight celebration.

AirAsia X kini menghubungkan Kuala Lumpur terus ke New Delhi, India dengan penerbangan sulungnya yang berlepas malam tadi dari klia2. Dengan lebih 90 peratus muatan penumpang, syarikat penerbangan itu kini menawarkan rakyat Malaysia dengan sambungan yang lebih baik, tambang rendah dan perkhidmatan nilai tinggi ke ibu negara India tersebut.

Penerbangan sulung D7182 yang dioperasikan oleh AirAsia X Berhad menggunakan pesawat Airbus A330 mendarat mengikut jadual pada jam 10.00 malam (waktu tempatan di New Delhi) semalam. Sidang akhbar dan majlis sambutan telah diadakan hari ini di New Delhi untuk meraikan ketibaan AirAsia X ke daerah utara India.

Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Datuk Naimun Ashakli Mohammad, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India; Amran Abdul Rahman, Pengarah Tourism Malaysia, India Utara, dan Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad.

Bagi meraikan permulaan penerbangan 4 kali seminggu ini, AirAsia X menawarkan promosi istimewa dari Kuala Lumpur ke New Delhi dengan harga termasuk semua dari serendah RM459* sehala bagi tempat duduk ekonomi atau dari RM999* sehala bagi tempat duduk Premium Flatbed yang telah mendapat pelbagai pengiktirafan.

Tambang promosi ini boleh didapati untuk tempahan secara online bermula hari ini hingga 14 Februari 2016, bagi tempoh perjalanan dari 4 Februari 2016 hingga 30 June 2016.

Semua tambang promosi boleh ditempah secara online di airasia.com dan juga melalui aplikasi serba baru AirAsia bagi iPhone dan Android, serta laman web mudah alih mobile.airasia.com.

Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad berkata, “Kami teruja untuk berada di sini hari ini bagi meraikan penerbangan semula AirAsia X ke New Delhi. Kami kini mempunyai asas yang lebih kukuh untuk berada dalam pasaran ini, melengkapkan rangkaian laluan yang sedia ada oleh syarikat sekutu kami AirAsia Berhad, Thai AirAsia dan AirAsia India, tambahan kepada permintaan yang semakin meningkat bagi sambungan antara New Delhi dan Kuala Lumpur. Di masa hadapan, kami merancang untuk menyediakan sambungan lebih luas ke Australia dan Asia Utara melalui Kuala Lumpur dari ibu kota ini."

"Pada tahun 2015, syarikat sekutu kami Malaysia AirAsia dan Thai AirAsia telah menerbangkan lebih 1 juta tetamu keluar dan masuk dari India, dan dengan kehadiran AirAsia X dalam pasaran ini, kami dapat menyediakan sambungan lebih luas bagi tetamu kami dari India ke seluruh Asia dan Australia melalui rangkaian laluan luas kami, terutama melalui perkhidmatan penerbangan sambungan (Fly-Thru)," tambah Benyamin.

Tetamu juga boleh menikmati pilihan perkhidmatan penerbangan sambungan (Fly-Thru) untuk menyambung penerbangan dengan bagasi yang didaftar masuk terus ke destinasi akhir tanpa perlu melalui imigresen di hab transit. Dengan pilihan perkhidmatan ini, tetamu kini boleh melancong ke New Delhi dengan lancar dari kebanyakan bandar-bandar di Asia dan Australia seperti dari Sydney, Bali, Phuket atau Hong Kong ke New Delhi melalui Kuala Lumpur. Para tetamu juga boleh menyambung ke bandar-bandar lain di India seperti Goa, Bengaluru atau Guwahati terus dari New Delhi melalui operasi domestik AirAsia India (kod penerbangan I5).

New Delhi adalah ibu negara India yang terletak di daerah utara. Delhi lama dikatakan adalah salah satu bandar tertua di dunia yang dianggarkan berusia lebih 5,000 tahun. Dari zaman Raja-Raja Hindu, Kesultanan Muslim ke Raj British, Delhi telah menjadi saksi kepelbagaian budaya selama beribu tahun. Hari ini, Delhi adalah sebuah bandar moden dengan pelbagai monumen bersejarah dan keajaiban seni bina yang harus dikunjungi.

Selain daripada Kuil Lotus, The India Gate dan Red Fort, salah satu tarikan ikonik yang berhampiran adalah Taj Mahal yang terletak di bandar berdekatan; Agra. Makam marmar putih yang dibina oleh Maharaja Mughal Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz Mahal pada tahun 1632 adalah salah satu struktur Warisan Dunia UNESCO dunia yang paling terkenal.

Terus kemas kini bersama promosi dan aktiviti terkini AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia)

*Tambang termasuk semua yang disebut adalah bagi penerbangan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Jadual Penerbangan bagi Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) – New Delhi, India (DEL):

No
Penerbangan
Dari Ke Perlepasan Ketibaan
Kekerapan
D7 182 KUL DEL 7:00PM 10:00PM
Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad
D7 183 DEL KUL 11:15PM 07:30AM (+1)
Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad
Note: Semua masa yang dipapar adalah masa tempatan di destinasi masing-masing.